Pages

Wednesday 27 July 2011

Dilemma Seorang HR

paling dilemma ialah apabila melihat politik politik syarikat yang di mainkan oleh orang2 tertentu..
nak marah? nak luahkan ketidak puasan hati?
apa hak kita? apa kuasa yang kita ada?
nak tak nak.. telannn jer lah kan
kang nak cakap lebih2 awak tu HR..
pastu senanglah Management nak kata
THE DOOR IS ALWAYS OPEN FOR YOU TO GO..
la ni phrase tu kureng power dah... lagi power yg ni:
THE GATE IS ALWAYS OPENED WIDELY FOR YOU TO WALK  OUT...
hambikkkkkkk!!!!
tak cukup DOOR, GATE dia buka luas luas...

hummmrrrmmmm... ggrrrrrrrrr

WIRA KUUUUU TAK GENTAAAR WIRAA KUUUU TAK TERCABARR..

hari ni tiba bersemangat lain macam lah...
semangat bola
ija ni jenis tak layan bola
tapi sejak2 Kelantan sudah memenangi liga dan piala malaysia
plak tuh semangat Piala Suzuki dulu
tiba2 terlayan plak bola
tapi ija layan bola Malaysia lah kan
yg internationale spt chelsea ka, liverpool ka, masih belum terbuka hati nak layan
So hari ni, semangat Harimua datang lagi utk perlawanan menetang Singapore...
Penambah semangat bila buka radio SINAR, dimainkan lagu2 MALAYSIA + topik bola
buka plak ERA, mentera hitam kuning diulang2 ulang main kat radio..
HUH, semangat giler bawa keter dtg opis hr ni
kena plak jalan clear jerr... ADAKAH 85000 yg dah beli tiket bercuti hari ini bagi persiapan ke Bukit Jalil menyumbang kepada kelancaran jalan raya hari ini???

Kepada wira wira hitam putih...
terutama PUJAAN hati ku..
Safie sali, Aidil ... yang ura2 calon utk kapten
pasti kan kemenangan buat Malaysia
GO TIGER! GO TIGER! AUUUMMMMMMM

Tuesday 26 July 2011

Daun Selasih



Daun apakah ini ? Inilah daun selasih..... opis mate suka sangat menggunakan nya dalam masakan...
hari tuh ternanpak resepi ayam Kaprau dr blog  kak jee ayam Kaprau Kak Jee lagi ler berkobar2 nak cari daun ni. Then opis mate kata berlambak kat pasar malam kat Saujana Utama, RM5 sepokok. Apa lagi, kirim aaaa


suburkan daun diaaaa

pantang nampak camera mula lah nak berfoto gedik si Dania Tuh..

pokok ni masih kat belakang rumah.. weekend nanti nak transfer ke pasu. Harap2 dalam jagaan ija daun dia pun gemuks mcm tuh...

ptg ni will be ayam kaprau in the house for dinner...

Rendang Pucuk Ubi

Rasanya orang N9 jer tahu pasal Rendang ni.. Itu pun tak semua pandai makan
Yg pakar buat rendang ni ialah  mak mertua kakanda ku.. orang rembau yang kami panggil Wan
masa mula-mula makan dulu terus jatuh cinta
so setiap kali mertua kak lin buat dia calling2 lah tanya nak ker tak..
last week masa bertandang ke rumah kak lin ija ada order sbb opis mate nak 10 bekas...
ni kes ija bawa opis, dia try.... org johor puun sukaaa
pastu ija buat tester kut2 ada sapa2 yg nak, dapat lah order 5 6 bekas... bleh tulun2 kak lin  kan
Bahan2 utama dia pucuk ubi, ikan bilis dan kelapa... kelapa memang banyak.. mau 20 biji...
Pernah makan yang biras buat,,, kurang rangup... yg Wan buat ni rangup skit..

kek bawah ni ada ghopa rendang pucuk ubi... rupa tak der tapi rasa memang superb...

 RM6 sebekas 

 hitaaammmm tp sedaaaap
 10 bekas untuk opis mate, kak jehan

yang kecik2 tu tester...

Derats Cari Makey

Bahaso Gapolah plok DERATS nii? Perkataan asal ialah Derat.... lagi beh kalu sebut lagu ni  .. DEGHAK... lagi pure nahu klate dio...
Deghak membawa maksud Jalan Jalan samada bertujuan atau tidak bertujuan... its more to leisure and recreation...
Last week, kami sekeluarga berdeghak ke Seremban. Dah lama tak gi rumah kakak di Sg Gadut, kebetulan ada sedara buat aqiqah di seremban, so kami plan nak overnite rumah kak lin. Nak plak cik A'An keje hari sabtu, so kami sampai pun lambat lah...

Agenda kami penuh dgn aktiviti makan2.
Day 1
port 1:  rumah sedara yg buat aqiqah.. makan pulut + serawa durian jer sbb semua dh habis
port 2 : masing2 kelaparan kami sambung makan di Restoran Arab Damsyek..mula2 datang dulu sedap giler tp ntah naper hari tuh kureng skit. Tiba2 teringat Zahrah Tent kat Plaza Masalam Shah Alam.

balik rumah, layan bola M'sia - Singapore.  Bila Malaysia dapat gol ke 2 dan ke 3.. dgn selambanya ija bersorak .. kaw kawnya sorak. Abg ipar yg kaki bola pun tk jerit macam ija. Dan dan jiran sebelah panggil kakak tanya what happen... ghupa2 tak pernahdia dgr rumah kakak semeriah ini bila tgk bola.. apa lagi nak dgr pompuan jerit2 .. hehehe .. nasiblah yer kalau ija mengganggu ketenteraman jiran org.. hahhha

port makan No 3 : habis bola kami keluar bandar seremban layan durian tepi jalan. Dah lama ija tak makan 10 biji skali makan... mana leh tahan kalau durian kaler kuning yg sedap melampau.

port 4 : makan durian dah... jalan2 Uptown seremban dah... on the way balik singgah warung layan lempeng pisang dan cokodok.

balik.... zzzzzzzzzzzzzzzz

Day 2:
port 5 : kek rumah kak lin, Nasi kerabu yg di order oleh kak lin. sedaaaap
            tgahari kak lin masak gulai ike masin, singgey daging, udey goreng .. sayurrr chap choy..

port 6 : kat Dengkil on the way balik singgah Satay Kajang ... makin tak sedaap daahhh...

Ingat kan dah makan terover2, bleh skip dinner, sampai rumah kul 9 pm Dania mtk nasi... kena lah masak nasi goreng telur jer... skali bukan Dania jer yg mengadap... satu family ha makan nasi ngan telur mata cicah kicap...
yuk layan gambar.. hanya gambar Port 2 jer yg ija snap ... yg lain lain lupa bawak camera sbb malas nak galas handbag
 cikgussss... cikgu taufik n cikgu ona
ni diaaaa .. nama menu lupaaa
dania n insyirah... nia dah berpeluh peluh
tisya n abg ikhwan...
haziq ni mana mana mesti sebelah uncle
Incik A'an gigih senduk kan makanan
sabaq cikgu taufikkk
kakak... where's your chicken?
sempat lagi abahnya marahkan anaknya .. tgk tu masing2 muka serius
Bismillahirrahmanirrahiim
shedaaapppnyaaa
sos ni best
A family... me? tukang ambik gambo
ni lah tempatnyaaa

Wednesday 20 July 2011

Berito Kelate

KOTA BHARU 20 Julai - Peniaga makanan di bandar ini diberi amaran agar tidak lagi menggunakan tisu tandas atau tisu gulung dalam premis mereka jika tidak mahu dikenakan kompaun sehingga RM500.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penggunaan tisu tandas di kaunter dan meja restoran adalah tidak patut kerana imejnya berkait dengan sesuatu yang kotor.

Beliau berkata, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) akan melipat gandakan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga tidak melanggar peruntukan di bawah Undang-undang Kecil Establishment Makanan 1996.

"Kalau kita perhatikan di negeri lain, kebanyakan peniaga sudah tidak lagi menyediakan tisu tandas untuk kegunaan pelanggan mengelap tangan dan mulut selepas makan.

"Tetapi di negeri ini, masih ada lagi peniaga yang tidak ambil kisah, tisu tandas sepatutnya digunakan dalam tandas sahaja manakala bagi kemudahan mengelap, peniaga sepatutnya menggunakan tisu keping lembut yang lebih sesuai.

"Penggunaan tisu tandas di tempat makan adalah sangat tidak bersih, perkara ini lebih memalukan apabila pengunjung luar dan pelancong yang datang ke negeri ini mendapati kita masih lagi dengan amalan sama," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Program Ihya' Ramadan di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, jika penggunaan tisu bersesuaian membebankan peniaga dari sudut kos, mereka boleh memotongnya lebih kecil sebagai langkah penjimatan daripada terus berdegil mengunakan tisu tandas.

Beliau berkata, walaupun notis mengenai larangan itu sudah lama dikeluarkan kepada peniaga, belum ada lagi peniaga yang didenda setakat ini bagi memberi peluang kepada mereka supaya berubah.



notaija:
bukey gapo...tisu tandas ni muroh... demo nego nok jimat kos... demo kato bukey wak kesat punggung tp oghey doh letok trademark bahawo tisu tandas wak kesat anu, demo duk baye bendo tuh kegunaan dio utk tuh jah lah...


Apa apa pong.. molek lah kerajae klate wak tubik arahey lagu tuh
ho lah.. kelate ni demo kato negeri tok bersih, plok keda make paka tisu toilet, koho demo napok klate dan rakyatnya yang pengotor..
Maka Rakyat klate keno lah berusoho tukar anggapan oghey luar ko negeri dan rakyat kelate...

Thursday 14 July 2011

Haunted Office

SCARRRYYYY

Ku sampai opis
Dalam kesejukkan
Dek cuaca hari ni hujan
Membasahi bumi
Di kala mud malam Jumaat masih berkobar2 (kekdahnyaaaaa)
Telinga ku dihalwakan
Dgn cerita cerita scary
Yg telah menggegarkan opis ku ini
Kisahnya…
Mr Gan stayback late mlm tadi
Tunggu bini dia fetch dia
Dalam duk sorang2 kat floor ni.. (floor ku juga)
Tiba2.. terlihat oleh nya bayangan putih melintasi didepannya
Dengan meremang bulu roma… dia berlari2 anak keluar..
Dalam waktu yg sama
Zol si Admin Asst pula buka cerita
Malam tadi juga…dia dan maspan si drebar jepun lepaking di bilik drebar
Tiba2 hembusan angin masuk ke bilik itu diiringi dgn bau haruuuuummmm sesangat
Tp IA tidak menonjolkan diri..
Oooh iya ya.. malam tadi malam Jumaat
Malam utk si rambut panjang  melawat kawasan dan keluar berjalan jalan
Kenapa gelaran si rambut panjang diberikan?
Kerana budak2 driver dan mekanik yg berovertime sering jua bertembung terlihat
Dan telah didescribekan tiada rupa … perempuan dan berambut panjang
Di mana mana ia kelihatan… di dalam bas, di sana di sinun
Moto mereka yg pernah melihat…”AKU TAK KACAU NGKAU ,,, NGKAU JANGAN KACAO AKU”
Oh…. Jangan lah ngkau muncul didepan ku
Kerna ku memang lemah semangat dan tk kuat untuk menghadapi mu
Biarlah ngkau melihatkan dirimu kepada lelaki lelaki durja di office ini
Kerana setakat ini…hanya lelaki lelaki sahaja yg melihat mu…


Sekian.. kisah di pagi jumaat

nota: Kak Jee jangan baca tau.. nak baca kena ajak unclepali baca skali...

Wednesday 13 July 2011

Bila Bercakap Dengan Orang Arigato Gozaimas

Macam cakap ayam ngan itik... kita  mitak nasi ayam, nasi itik plak sampai... telan jerlah sambil kapla pusingg..kalau ada stik itik sos oren Kak Jee.. sedap lah jugaak...eh lari plak tajuk di atas..

Mamat Jepun ni mtk ija find out from Immigration on permit matters... Dah elok2 ija paham flow dia atau org kata SOP of the permit application, mamat jepun ni plak huru hara kan pemahaman ija...pastu dukk compare ngan company satu lagi.. pehal nak compare2... kita buat hal kita mengikut pemahaman kita dan undang2 yg termaktub dah lerrr... explanation demi explanation ija kasi last last dia buat ayat
"you did not answer my question!"  
Yaang ku tak tahan dia mula nak tinggi kan sore...bukan aku tak jawab soklan hang, hang yg tak paham apa yg ku jawab... mana nak paham asyik2 duk tanya benda yg sama yg letih dah ija nak explain... end up... KU JADI KONPIUSSSS!... baru ku paham napa negara kita asyik duk suruh belajar Inggeris... kalau tak reti gini lah jadinya...cakap mcm itik ayam laah kekdah nya. Pastu dah tak paham kita cakap, balik2 kita plak yg salah...

anyway   KONBAWA... eh blum malam lagi laaahhh

Tuesday 12 July 2011

Dilemma si Penginterview


 SCENARIO:

HOD kata nak yg single, race pun dah ditentukan, .. bla bla bla
Hmm.. JobsMalaysia ka, Jobstreet kaaa.. agensi kaaa
Dah select, nak call for interview appointment... HOII! tak gheti2 nak jawab call ker? Ahh.. lupakan... mmg tak der rezeki ko.
Mana yg answer call, baaik punyer set date..
Hari interview.. tak turn up.. hangiinnn.. buang bill telepon jer
mana yg turn up...kalau sorang ok lah.. kalau ada 10 org hari tu.. letih mak nak ulang soklan...
1st candidate..interviewer bermomentum tinggi.. nasib lah sapa jadi 1st candidate yg di interview..
masuk the 2nd ok lah..
3rd and so on.. malas dah mak nak ulang soklan sama... huaaaarhh   menahan sangap  (tak kan nak tunjuk keboringan kita kat candidates kaan )
pastu kan.. ada plak candidate yg bawa "telurrr" jer.. (mana yg ada tulur laa)... dtg lenggang kangkung. Bila di tanya :
"can i have copy of your certs?"  
dia jawab " oh sorry puann, saya bawa original jer... tk buat copy"
hangin takk? korang ingat kerja aku jadi balaci mengphotostat sijil korang?

Selected.. call for pre employment examination... set date ... pastu HARAMMMM nak dtg collect letter
buang masa lagi...

NASIHAATTT
Untuk para mencari kerja.. tk kira lah yg baru graduate atau yg dah lama kerja ..(attitude sama jerrr)
1.  Bila syarikat call.....sila ANGKAT!
2.  Bila tak dapat attend interview sila CALL AND POSTPONE  the date of appointment
3.  Kalau dah tak berminat... sila INFORM by saying NOT INTERESTED!!!
4.  Kalau dah ada sijil.. sila PHOTOSTAT siap2.. bukan kerja syarikat nak buat copy cert korang. Sijil beranak ker.. sijil nikah ker, sijil kursus nikah ker... fotostat semuaaa

susah sangat kerrr? kita ye ye oo lah call korang, ckp elok2 and this is how u treat us... kalau mcm ni attitude kan.. sorry lah.. bukan senanglah korang nak dapat kerja... Ye ye yee.. akak tau.. korang sure ckp rezeki korang bukan di tgn akak so akak tak der hak nak kata korang susah dapat kerja... tp kalau nak kerja buat cara nak kerja... jangan nyusah kan kita orang...

ini lah dilemma org yg handle RECRUITMENT...letiiihhh dgn berbagai sikap pencari kerja...dia ingat kerja terkejar2 mencari korang?

Thursday 7 July 2011

Food That I Cook


Entri baru : FOOD THAT I COOK:


 Sambal sutun  match ngan set nasi lemak

 Incik A'an kata nak makan nasi lemak ngan ulam raja n kangkung celur.. tk mo timun..

 ayam gorneg, telur rebus, ikan bilis... ayam sos for Dania. Aik Spagetti?  Ini breakfast merangkap Lunch

crunchy biliss


Ni carbonara spaghetti... ija suka banjir punyaaa. Dania plak tk suka spaggetip makan sos jer.. pastu kutip hotdog.. tk cukup pinggan dia, sampai dalam pinggan mama nya dia dig n search for hotdogs, habis hotdog bru dia mamam mushroom. Anaaak anakkk

Candle Light Dinner....


Pegi dinner kat Auntie Julie Kota Kemuning sebab Tisya nak layan tekak nya nak makan Steak. Ngam Nganm jer order Paap... Blackout. So macam ni lah jadinya....

 Incik A'an bengang

 Nasi goreng Incik A'an... dia kata hilang selera makan dalam gelap... haiishh cerewet betul darling yeer

kakak nya grill chicken....
Mama n adiknya food lambat sampai... camera dah masuk beg bila food kami sampai...plak perut dh lapor,,,

Pesta Buku Selangor

Pesta Buku Selangor telah berlangsung pada 24 Jun hingga 3 Julai 2011. Tisya beria ia ajak ke sana dan memandangkan ija selalu encourage dia untuk suka buku so ija kenalah tunaikan permintaanya sebagai support seorang ibu untuk menanam minat membaca. Actually ija pun suka baca tapi baca novel ngan majalah jer laaa kan. Bahan bahan bacaan berbentuk fiksyen ni kureng skit tp kalau ensaiklopedia ok jugak sebabgai menambah ilmu. Cuma bilaa lah nak start baca bahan bahan bacaac berbentuk ilmiah dan keagamaan. Insyallah....

Jumaat lepas (1/7/11) ija ambik half day... balik rumah makan sat then agak2 mereka mereka yg long hour lunch break tuh dah balik opis, ija keluar ambik tisya kat rumah mertua dan terus ke SACC  Shah Alam. Ingat kalau tak clash ngan long hour lunch break senang dapat parking rupanya tidak. Tawaf 2 3 kali jugak ler baru dapat parking. Alhamdulillah dapat bawah pokok.. berkat kesabaran tawaf 2 3 kali kut.

Masuk2 SACC, suasana tak se crowded KL Book Fair .. seronok! Nampak Novelist Norhayati Ibrahim.. alamak malu malu plak nak jumpa and say hi. Ija ni follower tegar blog dia kak Yati. Tisya push suruh jumpa tapi ija kata nanti nak balik kita singgah lagi. Ok.. pastu nampak Siti Rosmizah...novelist best seller 7 hari Mencintaiku... singgah jap, nak autograph dia tp tk der buku yg ija cari kat booth SR Publications... then assistant dia kata buku yg ija cari ada kat booth Karangkraf... sib baik ada last buku.. rezeki ija nak kumpul koleksi Siti Rosmizah. Novel tuh tajuk Cinta Kau Dan Aku... dah dapat apa lagi.. ke booth SR Publications, borak2 jap ngan Siti Rosmizah, dapat autoghraph, photo photo then ambik gambar...seronok dapat bagi feedback ija tentang novel2 dia esp 7 Hari mencintaiku.
 SR Tengah sign buku Cinta Kau Dan Aku





Tisya plak menambah kan koleksi Ain maisarah nya... grab 3 buku. Jalan2 lagi lalu depan booth NB, tgk2 Kak Yati dah tak der kat situ... huhuhhu tk der rezeki nak berkenalan dgn dia.  Jalan ke depan lagi jumpa buku Badai Semalam.. Eh.. mesti beli ni for the sake of Aaron Aziz.. hahahah belh gitu. Yerlah plan nak gi tgk Teater Badai Semalam, so kena tahu jalan citer nya. Kata saleman tuh , buku Badai Semalam version baru belum di launch lagi.. so ija beli yg stil hot hot lah ni...
 Koleksi Ain Maisarah Koleksi Tisya

Buku yang ija beli:



Badai Semalam... sebab Aaron Aziz.. ahaks
Cinta Kau dan Aku .... memang dh lama cari buku ni sbb nak buat koleksi novel2 SR
Bukan Puteri Lindungan Bulan ... keluaran creative. Ija ingat ija penah baca buku ni.. dh lama sangat. Pinjam org punya... dan ija tahu citer ni best sangat2 dan antara novel airmata yg pernah ija baca... so now ija beli nak refresh balik citer dia... dekat 50 henggit rege dia ...

In progress sekarang : Cinta Kau Dan Aku

koleksi cerita serammm

Cerita 1:

Rabu, 15/6/11 – saya dpt voucher free 3h/2mlm @ Palm Spring Resort PD – Tolong jgn duduk situ!
Ø  1.30pm
Check in. Receptionist dia ok, 5 star. Tp apartment? Ya Allah, seram, mcm kedai tinggal, usang, suram, beberapa blok pecah2, berlalang, parking lubang sana sini, kolam renang kering & xde org lain check in langsung! Masuk bilik, langsir lusuh & koyak2. Tuala pun sama. Sgt2 lain suasana bilik tu. Remang tengkuk, tp cuba wat xtau. Rasa panas sgt (pdhal dh on aircond paling sejuk & kipas paling laju!) kami g mandi laut kt Blue Lagoon. Ok la, laut bersih & cantik.
Ø  6.30pm
Balik bilik. Husband nmpak 'bnda' di sbalik tangga & 'bnda' itu hilang dlm dinding! Tp dia diam je, xnk bg tau.
Ø  7.00pm
Lps mandi husband xsedap ati, nk balik time tu juga! Masa kemas beg, anak saya duk renung toilet. Husband marah, jgn pndang toilet! (mereka bdua nmpak 'bnda' tu ada dlm toilet!)
Ø  7.20pm
Masa nk keluar bilik, tiba2 anak saya ckp “baby xnk balik, nk main kt sini, ada kawan. ‘Dia’ nk kawan ngan baby” ohh tidak! Kami paksa dia kuar bilik. Gila la!
Ø  7.25pm
Masa sibuk masukkn beg dlm kete, anak saya lg skali duk tenung tangga apartment, tp kali ni muka dia takut sgt2!
Ø  7.40pm
Odway balik rumah mertua kt seremban, dlm kete husband citer ape yg dia nmpak. Tiba2 anak saya mncelah, katanya “mama, td ada hantu kt situ. Hantu tu ada depan baby, tkejut baby. dia nk main ngan baby” Ya Allah, aduhai!

Mlm tu tdo rumah mertua. Nasib baik anak x meragam. Tp saya xleh tdo smpai jam 4 pagi, baru terlena.

Khamis, 16/6/11 - Anak saya demam muntah2, terkejut agaknye. Dia banyak senyap & baring je. Pakcik husband saya bg tau, kolam renang hotel tu ramai budak mati lemas & bilik hotel kami duduk tu ada budak hilang dlm bilik. Hilang begitu sje depan keluarga mereka! Xde org duduk hotel tu pun sejak 3 tahun yg lepas.

Jumaat, 17/6/11 - Anak saya cakap “mama, hantu tu takut air. Hantu tu nk main ngan baby, hantu tu ckp kt baby 'haahaaa...haahaaa' baby nmpak kt kt toilet, kt dlm katil..”

Ya Allah..nasib baik kami cepat kluar dr hotel tu, tanpa tdo 1 mlm pun!


Thank you.

Best Regards,
---------------------------------------------------------------


CERITA 2

Kisah ni berlaku 2 tahun lepas, waktu tu anak aku si kakak 2 tahun & si   adik  lagi  9  bulan.  Belum lagi citer dah tegak bulu roma ni..confirm
  demam  pas  citer  ni. Citer ni dah lebih 10 kali aku repeat..citer kat family..kawan2.
 
  Perjalanan  dari  kg  ke  shah  alam..selalunya  kitaorg  pakai  jalan  dalam..means jalan kampong lar ikut sabak bernam, tanjung karang . Kuar
  dari umah kui 4.30ptg. Masa tu hujan lebat giler, adik & kakak tido kat  belakang  ngn  bibik..Ngam2 belok lepas kat pasir penambang tu, si adik
  menangis..bukan  nangis2 manja tu, nangis melalak tak hengattt. Tgk jam  kui 7.30 camtu..magrib !! Aku Tanya bibik, asal adik nangis ni bik..tak
  tahu  bu..tiba2  jer,  bagi  susu  pun  tak  nk..aku  ambik  bawak  ker  depan..dia melalak gak..sambil tgk ke belakang..tangan dia genggam baju
  aku..mcm  nampak  sesuatu  kat  belakang..Aku  ni mmg cepat terasa bab2  ni..bulu  roma  terus  naik..rasa  cam berdebar2. Jarang lar dia nangis
  melalak cam ni..


  Aku  bagi  balik  adik  ker  bibik..adik  gengam  bibik  semakin  kuat..nangispun  makin  kuat..sambil  tgk ker belakang. Ibu..ibu..bibik
  rasa  ada  yg  ngak beres ni bu, bibik kok rasa seremm..(kata bibik dlm  lorat  indon  )  Jalan yg kitaorg lalu ni mmg gelap..sapa tahu jalan yg
  tembus  kat  ijok  pastu  kuar  kat puncak alam..sure tahu jalan tu mmg  gelap & sunyi.
 
  Tetiba  si  kakak  yg lena tido..merengek sambil mata pejam..sambil ckp  hish..hishh..sambil tepis2 kat kaki..pastu hish..hishh..tepis2 kat muka
  dia..tp  mata  pejam,  apa  kes??  Mcm  ada  benda  yg  usik2..geli2  dia..adoooiii  …masa  ni aku toleh belakang..si bibik tgk muka aku..aku
  tgk muka bibik, yg adik masih menangis.

   Ambik  adik  bawak  depan..laki  aku  bersuara..aku  bawak  adik  ker  depan..pastu  laki  aku  ambik  dukung sebelah tangan..tangan satu lagi
  pegang  stereng  keta. Tetiba, Yang..yang ambik adik, cepat2..aku ambik  balik  adik..panic  sungguh  masa  ni..nk  buat  apa ni bie..badan adik
  mengigil2.  Cuba  pasang  CD  mengaji tu, kitaorg mmg standby CD ni dlm  keta..kita  pasang  high  volume, adik yg dlm pelukan aku ni makin kuat
  menangis,  kali  ni  tak  tgk ke belakang..dia tgk ke tingkat pulak..Ya  Allah,  aku  ni  baca  ayat  kursi..3..4  kali..terkumat  kamit,  tak
  jalanpun..
 
  Aku  ambik  phone  call  pak  metua  aku yg terror sikit bab2 ni. Hello  pa..ni  adk  nangis  mcm  ada  yg tak kena jer..letak tepon kat telinga
  dia..papa  ckp..aku  sambil  riba  adk..ambik  phone  letak kat telinga  dia..adik  terus  mcm  lagi  hyper..ya Allah kenapa ni. Dengar papa ckp
  ni..temukan  dahi adik ngn dahi kamu, pastu baca ayat kursi, al-fatihah  &  3  kul..tentang  mata dia..ok pa..ok..masa ni ada bau yg kurang enak
  dlm keta..tp kitaorg diam jer.
 
  Akupun buat mcm papa cakap..sambil terketar2 aku baca..masa ni takutnya  sampai mengalir air mata aku. Habis jer baca, bibik tetiba menjerit kat
  belakang..aku    tergamam    jap..zuupppppsss..  bulu  tengkok  naik  tetiba ,serius ko..mcm ada benda yg kuar terbang dari dalam kereta….mcm
  ada angin lalu..masa ni rasa cam nk lompat jer atas laki aku ni..
 
  Bibik  yg  duk  diam kat belakang.. tetiba mengelabah..ya Allah..bu, ya  Allah  bu,si  bibik  terketar2 ckp..aku peluk adik kuat2. Laki aku diam
  jer tak bersuara..sabar bik..sabar..baca apa2!!
 
  Adik  menangis  sampai  dh  takde suara..laki aku tetiba jer ckp..’’Aku  tahu  ko  ada  kat  sini..kalau ko nk tumpang, tumpang jer..jgn nk usik
  anak2  aku’’.  Glurpp..glurpp..telan  air liur aku..dlm hati (eee…boleh  lar  dia  ckp  camtu..sabo jer..).Sampai jer simpang tiga nk ker puncak
  alam  tu,  adik  tetiba  berhenti menangis tp masih sedu2..teresak2. Ya  Allah..lega..sunyi  sepi  jer  dlm keta..takde sapa bersuara,sampai lar
  kat  petronas  sek.20, laki aku berhenti. Si adik sampai tertido..kakak  pulak yg bangun.

   Laki  aku  ckp..kita  kuar  dulu lar dari dlm keta..angkat adik & kakak  sekali..Aku  ni  konfius  gak asal laki aku ni nk stop kat petronas ni.
  Dia  ambik rokok dia..duk mengembut jap..aku ni tak puas hati..gi tanya  dia,  eh  bie,  asal  berhenti kat sini ni..dia jawab “releks japp..tak
  elok balik rumah terus..biar dia turun sini”
   ‘dia turun sini’ apakah???

   Bila  dah  sampai rumah dalam kui 9mlm..mandi2..pasang tv..semuapun tak  bersuara.
 
  Aku  ni  gatai  mulut  gi  tanya  kat  bibik..mcm  dh  tak  blh  tunggu  siang..kenapa ko menjerit tadi bik??

   Ibu  ngak  lihat  ker?  Aduhh  bu..rambutnya  hitam panjang buu…terbang  keluar  di  depan  ibu tadi..pasti adik menangis diganggu mak lampir tu  bu..
 
  Ko  ni biar betul bik..ceh saja buat2 mcm tak caya..tp actually mmg aku  rasa ada something yg kuar dari dlm keta tadi..
 
  Tetiba  laki  aku  ni  menyampuk..ha  ah  yangg..betul  ada  benda  tu  tadi..altantuya  tumpang  kot..cisss  cabul  tul  lar  mulut  laki  aku
  ni..tahu lar altantuya tu kena bom kat area situ..
 
  Abang, dari start adik nangis tadi dah dpt rasa..bila abang dukung adik  tu..adik rasa berat sangat..tu yg abg suh ambik balik tu..mungkin benda
  tu berpaut kat adik..
 
  Pastu  tak perasan ker, keta belakang bagi double lampu kat kita..pastu  semua  keta  cam jauh2 dari keta kita..semua tak nk dekat..lutut aku ni
  tetiba  mengigil  balik..Ya  Allah syukur lar aku tak nampak..kalau tak  sure  terbayang2.  Pagi  esknya..aku,  bibik  &  adik  demam..MC 2 hari
  aku..apa kes?? Kes jenayah hantu altantuya..laki aku ckp!!


  sampai  skrg  kalu  teringat  terus  rasa nk demam. Korang yg lalu ikut  jalan  ijok  tu..pastu lalu kuil..lalu kubur2 cina tp bukit tu..jgn lar
  balik  malam2..sejak  tu..aku  mmg  tak  tgk  dah  citer2 mistik kat tv  ni..tak  kira  lar  hantu  lawak ker..hantu apa ker..ttp seram..baru ni
  gatai  pasang  CD  ‘hantu  kak limah balik rumah’..tengah tgk hantu kak  limah ni, bibik bersuara..ibu..rambutnya kak limah ni..sama seperti mak
  lampir  yg dulu itu..cisss…brengset sungguh si bibik ni..blh plk ko ckp  mcm..dah tutup CD..




cerita 3

   Kpd penulis asal citer nih...tima kasih la share citer ni..

   Masa kt ITM dulu mmg kitorg tau psl umah ni berantu...sewa dia murah
   jer, tapi kitorg x pernah nampak ada org sewa umah tu..
   mmg lokasi dia betul2 dkt dgn wet world...kitorang selalu jln kaki dr
   sect. 2 gi pkns lalu kat tp wetworld tu...tp xtau plak se'keras' tu
   umah tu...

   Rasanya smpai skrg pun xde org duduk kot..
   _______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Cerita 3 




   TRUE STORY!!
   Huhuhuhu seram gak citer dia nih.

   9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara
   pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb
   kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn
   kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet
   world [kalo korang tau la].

   Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt
   bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan
   je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke,
   pelik, rimas, takut semua ada.

   Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya
   byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free
   la....[?]
   Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk
   katanya...
   Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt
   tingkap blk atas.

   Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas
   brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk
   tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first
   kena.

   Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut.
   So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup].
   Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye
   tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt
   sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah
   bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu
   sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi
   org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket
   [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu
   smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm.
   Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

   Mlm tu kitorg kna lg teruk.

   Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk
   sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape
   lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun
   xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs
   Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2
   ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk
   blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah
   kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute
   dlm bilik? Ahh suda...
   Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh
   selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what?
   ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau
   hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

   Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg
   pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak
   tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb
   nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak
   sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar
   umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg
   pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

   Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang
   ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau.
   Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak
   restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua
   xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau
   trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n
   kunci motor.
   Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk
   pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn
   ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor
   kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu,
   Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil
   babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk
   muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk
   trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran
   hakim!!!!

   Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk
   ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12
   lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt
   tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt
   atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+
   koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt
   dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g
   bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu
   bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr
   tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik
   jek xpatah.

   Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt
   dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb
   ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah!
   Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya
   memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

   Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak
   kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp
   c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya
   xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru
   betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

   Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg
   lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb
   takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu.
   Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain.
   Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

   Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde
   ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak,
   Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg
   try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde
   org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu
   dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang
   tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai
   meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg
   sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim
   ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon
   antara kitorg brckp....smp subuh!!

   Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat
   berdebar-debar. Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu
   umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni,
   memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu
   aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu
   dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn
   umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi.
   Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah.
   Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling
   berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call,
   katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya.
   Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call
   no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

   Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk
   melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya
   kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g
   hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform
   yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah,
   takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital
   klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg
   kuat ckp yg hal ni x abis lg.

   Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius
   parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something
   else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni
   x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air
   mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni
   da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole
   brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah.
   Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg
   dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon
   kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt
   tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu
   parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah
   alam.

   Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe.
   Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan
   sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg
   jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali
   org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik
   salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik
   keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu
   blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2
   naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk
   muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50
   jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

   Aku demam 3 hari.

   Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

   Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn.
   Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb
   sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu
   rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh
   da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh
   kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati
   aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau
   tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt
   jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta
   tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi.
   Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus
   xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne
   dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln
   bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

   Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia
   jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili
   dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin,
   kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg
   lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia
   roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe,
   kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

   Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt
   abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn
   ingat ko smp bebila...al- fatihah

   Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap
   kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last
   kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada
   sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la...nokia 3310


Wallahualamm...