Pages

Thursday 30 June 2011

Jom Makan Makan - Penang Restoran

Dah lama Incik A'an ajak dining kat sini... tapi hati ni was was halal ker tak. Dia kata Halal sebab department dia pernah organize lunch untuk staff kat sini. tapi selagi ija tak tgk dgn mata kepala sendiri, ija tak caya. So weekend hari kami pergi utuk late lunch. Alamak, tutuplah plak... kat pintu terpampang Halal nya logo...
Hari pi blei toys dania we decided nak dinner kat Penang Restoran... Masuk2 jer tgk owner jer chinese... customer semua melayu. So we sat down n order... our order Fish HeadAsam curry (Small), lemon chicken untuk budak2 (Medium)  Butter prawn (Small) .. prawn ni kalau kita melayu panggil udang kertas...nasi goreng cina for Dania, 2 chinese Tea , 1 syrup with milk (sirap bandung lah tuu) and 3 plain water. It cost us only RM74.00.. kita budget may be dalam 100++ tapi it was sill under our budget. Murah sangat. Naper ija kata Murah sebab portion untuk Small tuh banyakk.. boleh makan 5 6 orang.  Sedapp ker? hmm ija kasi 4 out of 5...Yuk layan gambar...

 Butter prawn

Chicken Lemon

 Fish head assam curry

 Nasi Dania... sibuk nak snap pic...

Kitchen Set Dania

3 hari lepas, adik ipar yang namanya Usu (panggilan anak2 pada dia) hadiahkan Dania Kitchen Set iaitu Blender dan Mixer ..jatuh hati plak tgk kiut miut kecik2 mcm tuh... siap ada bateri . Tgk kat belakang kotak ada 4 set lagi untuk melengkapkan collection... xcited plak tgk benda2 kiut ni. Esoknya Ija ajak cik suami pi cari set2 yg lain. Managed to get 2 set which iron, vaccum cleaner, blender utk kisar daging dan coffee maker. Yg tak der washing machine...

Cer tgk.. very girlish kan. Dah lah pink, kiut miut plak tuh

 Reasonable price - satu kotak RM16.90 which consists of 2 items

Wednesday 29 June 2011

Azam Tahun 2011 - 1/2 Tahun

Pagi tadi dengar radio Sinar Pagi I follow yg kini kembali hangat sekembalinya Kak Engku ke konti... 2 3 minggu lepas macam malaaaaaaaapp jer sampai jari jemari ni gemar sesangat nak menukar channel.. apatah lagi adanya Usop Wilca kat channel sebelah... tapi sejak semalam jari2 ini tidak lagi gatai nak menukar channel.. sebab keriuhan trio SY kak Engku dan Krill kembali mewarnai..

Eh panjang lebar lah plak pasal sinar... sebenarnya nak beritahu pagi tadinya topik ialah Azam thn 2011 untuk setengah tahun ni dah banyak mana tercapai? Naaak sangat calling calling tapi tengah driving plak..
Takperlah ija share kat sini jer ek..
Kalau nak bercakap pasal Azam, eh bukan mamat yang namanya Azam.. Azam tahnu baru... ija sbenarnya tak pernah pasang azam. sebabnya selalu fail atau tak tercapai.. Esp bab berazam nak kurus... tak der maknanya tercapai... Jadinya dalam diam diam, awal tahun lalu ija tanam azam by end of 2011, there will be 0 debts... waaaahhh... sebab kalau perkiraan instalmment, bulan October ija langsai hutang.
Bercakap pasal hutang... hidup ni kalau tak der hutang, orang tu memang terbaiklah.. beli rumah cash, beli keter cash... best kan. Hutang rumah ija tak der.. hutang keter... adalah... tapi ni pasal hutang credit card ni, ija salah sorang mangsa hutang credit card. Dulu2 kan baru kerja, baru rasa nak pegang duit dan baru nak bermewah2 dan kononnya ada class ler kalau dalam purse ada credit card kaan. Bukan 1 bank tap siap 2 3 bank tuuh. Isi minyak pakai credit card.. alasan.. malas nak berjalan gi kaunter. Boleh gitu. So bila dah burden, plak tuh dah kawin dan gaji tak seberapa.. maka selalu ler miss payment. bayar seminima mungkin... ounstanding punye outstanding.. berduyun duyun lah surat bank sampai. Telinga pun jadi pekak dgn callers from agent kutip hutang. Haduh.. tk bleh jadi ni.. So ija deal ngan banks.. RHB, Maybank, Ambank (banyak kan) ija nak buat installment payment dan apply for discounts. Mula mula Maybank - Settled. pastu Ambank - Settled.. last month RHB settled... dan dgn bangganyaa semalam i-personal loan ija final payment - settled!!!!... ARRGGGHHHH... dengan bangganya to declare that I'm Free from credit card Debtssss... Ringan kepala gua ooooo.. Loan keter? untuk loan keter kancil dah fully settled last 2 years tp sejak2 kancil buat perangai hampir tiap bulan so bulan 10 thn lepas terpaksa lah ambik myvi.. tak per lah.. bayar 1 loan jerlah.. loan keter...takper.. at least hutang credit card dh ku padam dalam diary hidup ku... Apply credit card? Oh No!!!!.. dah hampir 5 tahun ija bukan pengguna kredit kad.. boleeh pun hidup. Ada duit beli tak der duit.. diam diam lah.. wat per nak beli ngan credit card. Bleh pun bayar minyak cash....
Setakat ini tidak ada keperluan untuk menggunakan kredit kad tapi wallahualam untuk masa depan .. org kata kena ada at least 1 untuk kecemasan.. like hospital ker, utk travel n hotels ker...hmmm  itu kena fikirkan... tapi buat masa kini...biarlah kepala ni lega dari hutang untuk beberapu waktu. Oh ya.. ija tak menggunakan apa apa perkhidmatan mengurangkan tekanan hutang yg dianjurkan oleh mana2 agensi atau bank... ija manage sendiri dengan membuat permohonan untuk bayar secara ansuran dengan appeal kat bank untuk some discount. Pastu kena disiplin diri untuk bayar setiap bulan without fail... so utk perbelanjaan lain2 ija kena kontrol lah.... tahan napsu nak beli beg mahal2..
One more thing... My Resolution accomplished in 1/2 year -  June 2006.. Alhamdulillah.

 Tak Mau Tak Mau Tak Mau Tak Mau Tak Mauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Monday 27 June 2011

Pucuk Niding dari Seghawak

Pucuk Niding ni salah satu ikon Negeri Seghawak. Kalau kat semenanjung kita pun panggil pucuk niding tapi besar2.. yang ni betul2 ambik yg pucuk jer.. kata sana dah di commercialkan sbb dan ada perusahaan menanam  pucuk niding.. kat sini tumbuh kat hutan hutan...Masa Pilihanraya Serawak dulu, ija tgk dalam satu rancangan khas tentang tanaman pucuk niding. Semalam ada training dan ada 3 staff kuching  fly ke PJ for training,. So sebelum mereka datang dia org tanya nak kirim apa/ Nak Terubuk masin ker? Hai asyik terubuuukk jerr.. so ija kata this time nak try pucuk niding. dia org kata tak gerenti fresh bila sampai PJ.. so ija kat tak per lah...



Duk pikir.. nak masak apa ek.. nak goreng belacan macam tak fresh sangat daah... ok lah... masak bening tambah cendawan since nampak macam sikiit jer...

Masak Bening a.k.a Masak Air Pucuk Niding dengan cendawan

Bahan2:
Bawang merah
Bawang Putih
Ikan bilis
sedikit lada hitam
Semua bahan ditumbuk dan ditumis sedikit. Masukkan air kasi gelegak, letak garam skit.. zasss masukkan  cendawan dan pucuk niding... sluurrrppp hirup kuah panas2.. sedaapp

Sunday 26 June 2011

Hujan Dan Training

Hari ni hujan.. boleh tahan lebat. Keluar awal takut nanti lambat sampai. Hari ni kena awal sebab ada training. Bukan attend training tapi ija yang arrange training. Disebabkan nak keluar awal, anak2 breakfast kat MCD... kelam kabut, kopi Mcd yang ija tapau tumpah atas seat kereta..... hmm.. keter bau kopi hari ni...




.

Dania Dah Lulus!!!

Dania dah lulus? lulus apa? Exam? Laa.. Nia belum sekolah lagi lah...
Dania sebenarnya dah lulus tidur tanpa bau ketiak mamanya..
Sejak Ija marah kaw kaw Dania dalam 3 minggu lepas, Dania macam merajuk jer... tak mo tidur ngan mama... semua nak papa. Ajak papa tidur dalam bilik Tisya.. Sharing 3 orang sekatil.. perghhh seronok mama nya conquer katil... so last week ija rasa its time untuk ajar Dania tidur dengan kakaknya.
Sabtu lepas ija kemas bilik Tisya, re-arrange perabot,  pastu petangnya lepas papanya balik kerja, ija ajak gi cari comforter set baru... saje nak ambik mood Dania.. so far dia macam nampak excited.

Malamnya, dia memang excited nak tidur kakak. Tapi yg murung papanya plak... macam tak puas nak tidur ngan anak2.. Aik dulu asyik merajuk.. komplen lagii.. kata mama asyik tidur ngan anak2... papa tidur sorang2...Sekarang mama nak tidur ngan papa, papa plak ayik lari ke bilik anak2... malu ker nak tidur ngan mama? Macam tak biasalah plaaak...

 Comforter set baru tuh sengaja beli yg kaler terang2... kakak's choice sebab dia tak mau yang cartoon
 My angels... Nyenyak sungguh tidur sampai lampu flash terang benderang pun tak sedar
Sudut masak2 Dania... dan sudut stokins kakak dalam raga merah

Harap2 mood Dania nak tidur ngan Kakak kekal lah.. time2 tertentu jer bleh tidur ngan mama..Oh ya.. pagi tadi kakak komplen adik tidur lasak....

Wednesday 22 June 2011

Pagi Khamis Yang Menguji Kesabaran Hati

The Story goes like this:

Setelah meredah kesesakan lalulintas dan perjalana yg agak jauh  Jalan Kebun-Petaling Jaya,
Setelah parking kereta di parking Lot syarikat
Setelah penat panjat tangga,
Tiba perempuan mulut longkang busuk hati dan kurang ajar ini dah menunggu ku di pintu masuk...
Tiba2 dia membuat serangan mulut a.k.a menyalak
BML (Betina Mulut Longkang): "Why do you open the letters? Who authorized you to open the letters?"
Me: MC... (my boss name)
BML : And why do you give the letters to Jeniffer? You supposed to give it to me!
Me: All the while I gave to Jeniffer but she doesn't say anything.
BML : NOOOOOOOOOOOO.. U MUST  give it to Me!
Me: Fine....

Tau tak dia menyalak kat mana? kat depan pintu entrance... ija belum letak beg belum ke tempat ija pun lagi dah kena salak kat BML ni...
HANGIN TAK? pagi2 buta...Api kemarahan menguasai diri sampai rasa macam nak nagis.. kena SALAK bukan kerana kesalahan total ija.. BENGANG TAK? Mentang2 kau GM Berlagak laaa// where  is ur Leadership as GM nak melalak kat org??? I don mind ngkau nak tegur tapi as a Management berhemah lah skit. Tuhan itu Maha Kaya... dia tak bagi laki dan anak kat ngkau sebab perangai menyalak ngkau lah...
The matter sebenarnya bilamana Secretary MD cuti, my boss has authorised me to open the company's letters. Atas arahan.. i did it. Bukan baru semalam.. dah bertahuun... tapi kenapa tiba2 baru hari ni BML tu nak raised up the issue... tak ahadap lah ija nak tgk all the P&C's. Eh kalau ija yg pi kepochi pasal2 P&C kat other staff, wei betina.. mai lah kemukan bukti dan fire me!.. kalau tak .. see u in court lah betina.. i saman u individually!!!!
Conversation seterusnyaaa between MC (my Boss) and Me dalam tgh2 marah :
Me:  Angie still on leave??
MC: I think so
Me: Ok.. i don want to open any letters as she has questioned my who authorized me to open the letter.
MC: ( buat muka suruh cakap pelan2... bulshitt laaa.. )  ok next time no need to open wait auntil Angie comes back.

Apa punya boss ddaaaa.. takder nak backing staff langsung.. PENGECUT! Takda TELUR punya Boss!! You are the one who has instructed me BUT u never wan to go n tell the BML... another SHIT laaaa

Pantang Ija kalau kena salak pagi2 buta bilamana ija baru sampai.  belum lagi duduk kat tempat, belum letak handbag puun lagi. It will spoil the whole day mood!! This is second time she did to me since 13 year i joined the company. Dulu pernah sekali pagi2 buta the same BML datang serang pasal cheque. Bila investigate, the fault came from her silly staff and until today no apologise from her after kaw kaw marah aku!!.. OMG.. jenis betina apa laaah...

aku pun pompuan... aku pun hidup dalam masyarakat dan aku juga bekerja... tak der aku nak menyalak nak marah org nak tinggi suara... kalau aku nak marah sekali pun tegur elok2.. 2 3 kali tegur elok2 tk dgr jugak baru high pitch.
Itu lah kan... manusia ni bila bermula dari bawah sebagai clerk cabuk, dah naik jadi GM toncang pun naik tinggi jugak lah. Ngko tuh dah pencen ...  BLAH JER LAAAAA...

Edisi luah perasann amarah yang paling teruk untuk tahun 2011!!!

my face now is not like ANGRY BIRDS lagi daaah


dah jadi macam ni daaahh

Monday 20 June 2011

Mood Gardening Sudah Datang

I loves flowers... itu hakikat
I love Gardening  ..itu fakta
But I lazy to do the maintenance... menyiram, membaja etc etc etc .. itu kenyataan

Dah dua tahun rumah yang ija duduk sekarang tak berseri dari luarannya sejak ia diduduki. Kosong jer..
Sebenarnya banyak lagi yg ija plan nak renovate rumah ni tapi pelan pelan lah
Mak mertua dah lama bising suruh beli pokok pokok bunga tanam dan hias rumah

Ija diamkan jer... sebab apa?
1) mood belum datang
2) modal belum ada.. tanam pokok bukan pakai air liur... tambah2 lagi rege pokok sekarang dah naik maa...

Waktu holiday kat cameron awal bulan itu haru, bila tengok bunga bunga segar di sana, telah mendatangkan semula mood bunga yg dah lama menyepi... apa lagi bila dah terbeli 4 pokok ... Dah hampir 2 minggu bunga tu tersadai di satu sudut... jauh2 datang dari cameron, tak pula di bela..
Sabtu lepas ija ajak Incik A'an ke Sungai Buloh nak cari pokok bunga kertas. Crazy laaah tgk pokok pokok bunga kertas yang telah dibonzaikan... harga pun boleh tahan. Tapi ija beli yang RM5 sepokok jer...
Nak layan bonzai kena tunggu.. pelan pelan maaaa

Incik A'an pula dapat 3 jenis pokok limau - kasturi, purut dan nipis...Ahad pi beli tanah dan pasu baru untuk bunga kertas. Bunga2 lain pakai recycle nyer pasu.. sayanggg..Petang tuh dengan semangat berkobar2 kami anak beranak tuun padang bergardening. Tangan Tangan kecil pun sibuk nak gaul tanah. Skali tanah2 yang dibeli ngam ngam untuk pokok2 bunga ija. Untuk pokok limau Incik A'an kena beli lain. So projek tanam limau kena postpone ke minggu depan. Skarang bila balik rumah macam sedaaap jer mata memandang melihat bunga bunga bersusun di depan rumah. Now target satu bulan 3 pokok baru.. haaa.. lama lama banyak lah kan. Cuma satu jer yang amat2 diharapkan ... harap2 mood rajin tu selalu mekar.. rajin baja, rajin siram, rajin belek. Sekarang ni tak der nak layan drama/sinetron, byklah masa nak belek pokok waktu balik kerja, takut nanti dah terfollow drama/ sinetron terabai plak pokok2 ija ..balik kerja nak kejar drama ...
Jom layan pokok pokok bunga ija...


 Ini namanya aiskrim. Naper..? kata tokey sbb bunga dia campur warna



 barisan bunga yg dibeli di cameron

Jasmin - tgk kat nursery tadi yg versi besar, canntikk.. mcm bonzai gitu. it takes yearsss nak besar

Cerita Dania

Sejak Demam, batuk, selesema dan terkena sedikit gangguan hari tuh Dania was very very very cranky. Meraggaam jer. pantang salah sikit menangis, meragam, marah2. Mana ija boleh sabar.. ija sabaaaaaar jerlah tp bila hilang sabar.. bukan blood goes up, pitching dan volume suara pun goes up. dah lah dia tak nak makan, susu pun tak mau minum. bila perut lapar byk lah ragam dia. Ayat yg dia suka guna pakai kalau kita tinggi kan suara ialah.."mama tak sayanglah tuh"...

Dania ni apa apa mesti mau mamanya... papanya dia kurang layan. Tapi sejak dua menjak ni pantang papanya jauh.. mula merengek cari papa...dulu mana nak papa mandikan.. sekarang dia kata mama tk pandai mandikan.. papa yg pandai. nak cebuk pun papa... ekceli melegakan ija lah sbb dha boleh berbagi keje ngan incik A'an tp kadang2 kerisauan melanda jugak. Naper ek. Mungkin sejak2 dua menjak ni Ija selalu marah dia, selalu babab dia.. mungkin dia berjauh hati ngan mama kut... Hummm mama kena beli balik lah jiwa anak mama yg sorang ni...
Jom kita layan aksi dan gelagat dania yang nakal  ini:





 PPagi semalam ija nak masak jemput2 duriyan for breakfast. Tgh bancuh tepung si dania ni sibuk nak bancuh sama. ija tak kasi. Dah bancuh, sodek yang ija pakai tu ija masukkan ke dalam sinki. Ija panaskan kuali dan sementara itu ija jenguk2 kat rebusan tulang untuk ija masak tengahari nanti. Minyak dah panas ija sendukkan jemput2 ke dalam kuali. dah masukkan dalam 10 biji dalam kuali baru ija perasan sodek yang ija dah masukkan ke dalam sinki tadi dah berada di dalam bekas bancuhan tepung .. aduuhh.. sapa lagi punya angkara kalau bukan dania yag duk pandang ija kat sebelah ni. Rupanya dia ambik sodek yg dah terkena air ikan air basuhan tangan itu masuk ke dalam bancuhan tepung dan dia bancuh.  Ija buang semua bancuhan tadi dan mud nak buat yg lain dah hilang... letih mama nak oooiii...

Inilah cokodok/jemput2 duriyan perisa macam2 yang dah terlepas ke dalam kuali... puun ija buang


Chicken Salad happy Fathers Day...

Pagi2 Ija wish Incik A'an Happy Fathers Day. Heheh.. Malam tadi Tisya tekun buat bookmark untuk papanya. macamlah papanya tu membaca sangaat. Setakat baca paper memanglah rajin tapi tak kan itupun nak ber book mark. Tisya kata.. papa kan masih belajar, boleh pakai utk buku belajar dia. Dia kata lagi.. habis itu yg Tisya mampu. Iya tak iya gak ek. Tak kan Tisya nak belikan baju segala kaan..

Nothing special for the day.. no specific celebration. Cuma ija buat Chicken Salad Jer..which happend to be everybody's favourite. Dolu2 makan kat Kedai Kopi Restaurant kat Shah Alam. Masa tuh Tisya suka sangat. Jadi Ija telek2 tenung so ija agak agaklah kan ramuan nya.  So ija balik buat experimen ija.. kalau restoran tuh pakai chicken breast yg dipotong2 kecil dan direbus, ija pakai black pepper Ayamas...



Chicken Salad
Ayamas Blackpepper chicken
Mayonis
Kiub / Slices pineapple - kalau yg slices, kena potong kecik2
Button mushroom - potong kecik2
Blackpepper
Salad

Cara2 :
Racik ayam , dan gaul bahan2 bersama hingga sebati. boleh add kan garam kalau kurang perisa
masukkan dalam fridge sebab makan sejuk2 lagi sedap...

KL Gangster

Jumaat lepas, mood nak tgk KL Gangster dah sampai tahap maksima... Sebenornya ija bukan nya suka ngan citer2 ganas gaduh2... apatah lagi citer si soul (Syamsul yusop) .. Tapi dek kerana Aaron Aziz yg lead citer ni pastu dgr plak kutipan dah nak jadi rekod baru, ija pun layan lah. Citer ni memang best.. first time ija tgk movie yg iija rasa ..aiikk, dah habis. macam sekejap jer... tak seperti citer Nur Kasih yang ija rasa lammmbat sesangat nak habis. Mungkin aksi gaduh2 yg tak putus2 dalam movie tuh buat citer tu rasa pantas.  So for ija utk movie melayu yang macam ni ija kasi 4 1/2. Rasa terpikir.. ada ker gangster mcm ni kat KL... siap ada group pegang certain area... habis tuh Datuk Bandar jaga area belah mana? Hurmmm...


Lepas layan movie, ingat nak makan sup ayam kat pelita.. skali anak2 plak tak nak.. so incik A'an masuk bandar klang layan Mak Nyah .. kat klang ramai Nyah India...tp mlm tuh tak ramai plak nyah melepak.. may be dah dapat customer kut... nampak lah jugak 2 3 org...Tisya warning papanya jangan lalu dekat2 ngan Nyah2 itu takut kena kejar...

Lepas tu kami ke sek 7 shah alam for supper... heavy supper tuh.. Pukul 2 am makan nasi putih, tomyam, telur bungkus. Macam sahurrr jer.. kalau esoknya posa pun elok jugak. Pukul 3 pagi baru kami balik tidur.

Sesekali kita buat yg luar dari kotak (out of the box.. bukan thinking out of the box ajer ye.. do out of box pun boleh) tapi tidak keterlaluan apa salahnyaaa... anak2 kami bawa.. macam ija bawa anak2 tgk maknyah.. bukan sekadar hiburan tp sambil2 tu educate anak2 tentang salah laku sosial seperti ini. Kalau dulu ija tak pernah menikmati suasana malam sebab pukul 7.00 malam  semua kena berada di dalam rumah pastu dh tak keluar lagi dah. Yelah, kelantan mana ada entertainment belah malam.. kedai makan pun tk der yg buka. Ija bawa anak2 keluar lewat malam sampai lewat pagi bukan nak ajar mereka bahawa kami membenarkan keluar malam. Kalau ngan kengkawan memang lah DILARANG KERAS.. tapi kalu bersama keluarga, mak bapak depan mata anak2 dan anak2 depan mata mak bapak, itu boleh dilakukan sesekali sesekala....

 Sebelum tu.. dinner dulu kat Big Apple dan Subway... itu passion vanilla iceblended tisya punyeerr

Monday 13 June 2011

MIMPIMUOR ....Dan Sesat di Parking IKEA

Sabtu baru2 ni 11/6/2011 bersempena dengan kak lin datang rumah, ija ajak adik bongsu tunjukkan Restoran MimpiMuor yang ija tgk di JJCM... Johorian cuisine. Dari hari tu lagi ija teringin nak rasa mcmana sedap nya asam pedas yang digembar gemburkan.....
Kami sampai almost 3pm...lauk pauknya dah byk habis. Sampai nasi putih kena tunggu lagi 10 min. Kami order asam pedas ikan jenahak sekeping, ikan merah sekeping, ikan pari 2 keping, ulaman, sambal belacan, ikan kembung goreng 4 ekor...mee bandung 2 pinggan..dan air, dan bill kami RM194.00 untuk 3 family ... torkojut den.

 aikk Rayyan pun makan asam podas ko?

 
 
 Ini lah asam pedas Muor yg tak der sampah sarap.. maksud sampah sarap ialah seperti bunga kantan, daun kesum dan bendi... bendii puun tak der

Comment:  for ija out of 5 ija kasi 3 jer. Asam Pedas Power Bukit Tinggi laaagi sedap. Mee bandung plak.. yg nenek, mak kak mah bbsitter dania buat laaagi kaw kaw sedap nya..

Lepas ni ija tak terpedaya lagi ngan JJCM..

Lepas perut kenyang, kami ke IKEA dgn hajat ija nak beli rack yg ija berkenan masa pegi ngan kawan2 hr tuh...tapi hajat tk tercapai sbb Dania cranky giler2 sampai tk leh nak focus pada pembelian. End up, kak lin yg beli rack tuh. Kumpul duit dulu nnt baru pi beli tp tk leh bawa Dania ..for sure!

Tiba masa nak balik, dgn kondifennnya ija kata kat cik a'an parking kita H11 dan ija tunggu kat kawasan memunggah... melilau dia cari then dia dtg marah2 kata mana ada H11... parking sampai H8 jer...ija mtk tlg abg ipar tgk kan troli kami then ija ngan cik A'an pi cari keter.... Ha'ah lah... tak jumpa. tanya guard dia kata parking kita org kat P1.. sekarang anda berada P2.... lariii naik P1... cari lagii tk jumpa juga... abg ipar dah masukkan brg2 kita org dlm bonet dia... cik A'an dh marah2 dah... memang jenis tak sabar kan. tiba2 abg ipar call kata dia jumpa kereta kami di 11H P2... hmmm the other side of parking area...lariii turun lagi.... JUMPAAAA puunn... abg ipar tunggu kami di kereta.... hahaha kami digelakkan... ingatan ija betul lah kan... ada H ada 11... cuma which one  first tuh yg buak konpius.. hahaha...
Keletihan hari tuh lebih kepada melayan karenah cranky si Dania dan karenah Incik A'an yg panik dan marah2 tk jumpa kereta...  aduhhhh....

Malamnya plak tensi ngan kekalahan kelate di tgn Ganu merebut piala FA...ramalan taufik paul betul sesangat....



Me Hubby Kids and Food


Sabtu 4hb Jun lepas,  bawa Dania n Kakak jalan jalan Shah Alam sbb papa kerja + ada class.

Mula2 pegi Plaza Masalam ambik seluar kakak yang di otter, pastu breakfast kat kiosk makan  jepun makan Udon... hahaha Tisya yang hantu japanese food tak plak suka udon.. mamanya ngap ajer tp udon kat sini memang tadak syiookkk...



Pastu jalan jalan borong dvds, lepas geram beb. Ija beli 6 cds.. buy 5 get 1 free... citer Hachiko.. citer pasal dog, movie justin Bieber utk kakak. citer Rio utk adik, then Eat Pray Love, No Stringe dan satu lagi apa tajuk ek. Hai .. drama comedy movie mat sallleh punya sekarang memang budak2 tak leh tgk... adaaa aje bab ranjang.. so ija layan tgh2 malam sambil2 lipat kain lah....
Tgh layan dvds, incik A'an call katanya malas nak g class sbb hujan. Eleh, hujan tuh alasan jer.. dia pantang kalau Ija berderats ngan anak anak... Dia sampai kami trus ke ground Floor... dia ajak layan Arab Food... Breakfast tadi belum lagi hadam daah ajak lunch... masuk jugaklah ke Sahara Tent. Layan gambar gambarnya yer... sebab ija dah lupa nama menus.. hehehe Tapi  overall  sedaplah jugak food dia. Asalnya kami order tak banyak sbb masing2 kenyang...Kakak share ngan adik, Ija share ngan kakak. Skali dek kerana kakak tak berselera makan Udon tadi, maka kelaparanlah dia dan nasi yg dia share ngan adik memang tak cukup untuk dia... nak order lagi dah malas nak nunggu sebab servis dio slow



kakak n adik punyer
 papa dan mama punyer
The notty Dania n kakak
set lunch... sukaaaa sambal nya sesangat, rindu plak nasi Arab Damsyik kek Soromban

Lepas makan.. we decided nak gi Subang Parade carikan toys Dania sebab ija dah janji nak belikan play dough. Sampai Subang Parade cari2 Toys r Us tak jumpa. Rupanya dah pindah ke Empire. Ada rezeki lebih skit ija belikan set Play a dough ngan Kitchen set. Seronok giler Dania...



Kaki mama dah penat... duit dh kurang... jom kita balikk...
Ssinggah kejap A&W layan burgers n friess...