Pages

Thursday 26 May 2011

Mencari Jalan Jalan Cari Makan

yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu  semuaaa....

Dah lama sangat teringin nak dining in di satu restoran di Padang Jawa yang namanya Restoran Puteraayu...dan hasrat tercapai sudah semalam bila Incik A'an bawa kami anak beranak dinner kat sana.. Resto ni ija tgk kat Jalan Jalan CAri Makan dan ada variety of menus termasuk ikan bakar, western dan highly recommended was Ikan Steam Limau.  Lepas layan Nora Elena dan lepas solat maghrib kami zass ke sana.


Terletak di Padang Jawa.. lalu mana jgn tanya coz kalau malam ni ija blur2 skit.. yg pasti dekat jambatan tuh landmark dia..


Boleh tahan jugak lah crowd ... ada ngan family, ada ngan awek/gewe.... 
Our menu are:   
Nasi putih RM2.00/plate              Telur Dadar utk Dania RM1.50
       sambal belacan - free                     Sotong bakar- RM15 sekor

 
siakap stim limau - RM45                    ikan pari bakar berempah sekor - RM15
ada jeruk bwg putih dlmnya                    



telur bungkus utk tisya RM4.00       dessert utk dania n tisya RM2.90

 
Bismillahirrahmanirrahim + doa makan       Burrrp  Alhamdulillah

 
                                        LICINNNNNNNNNNNNNNN

Diiikkk... bill please.....

 
             makan 4 orang                            close up : RM87.30...

Comment :  

Incik A'an kata.." ikan steam dia tak best sangat, ikan pari bakar rempah pun tk kaw sgt...bla bla "

Tisya nya komen .."telur bungkus dia sedap Ma.. aiskrim dia yummy"

Dania... "best.. kenyang adik" (dia makan byk dr biasa)


Ija (tidak ada dalam gambar)

Ikan steam a bit tawar, tk kick sgt.. lagi sedap kat Din Tomyam.. Pari dan sotong sambal .. booolehlaaa. Telur tu biasa2 jer... aiskrim boleh tahan .. rasa sesudu kaut dr mangkuk tisya... Overall ija kasi 3/5 jer...

Next time kalau nak pegi lagi ija pikir dua kali lah.. sebab mahal dia tak berbaloi ngan rasa... So next Resto Jalan2 Cari Makan ialah Restoran  MimpiMuar kat Damansara... adik dah pegi dan dia kata specialties kat sana Asam Pedas.. and he said veryyyy sedap... Tunggguuuuuuuuuuuuuuu

oh ya .. ni website Restoran Putera Ayu  http://www.puteraayu.com  cer cuba cer cuba...




Monday 23 May 2011

Dedikasi Aimluvs Buat Best Actor In My Heart (BAIM)

Hari ini dapat email dari Liza Aimluvs a.k.a LizaIskandar... "salam, blog dah siap. sila mampir n follow ya... baimwonglover.blogspot.com"

tk sampai 2 minit dapat sms trus follow...

Al Kisaaahhhh......
Waktu tu Benci Bilang Cinta tgh hot main kat Astro Ria.. alamak, mamak indon nie handsomelah pulaak. Surf punya surf.. ooo namanya Muhamad Baim Wong... cari tahu lagi dari facebook...jumpalaah fanpage untuk Benci Bilang Cinta. Di sini jumpa kengkawan baru seperti danisaurell, suzana ahmad, azizah mustafa dan Intan. Masing2 tak tahan nak nunggu hari hari bersama Benci Bilang Cinta..kena plak masing2 share dialog dialog keramat... langsung meroyaaan.Rentetan dr itu wujudlah Baimwong Fans Malaysia... ramai2 Like the page.. tp lama lama page ni nampaknya macam syiok sendiri. Dr ketidakpuasan hati kami.. Liza, Zie, MinZa dan Jue_Hussein bertemu di alam maya... berkongsi rasa yang sama, kami menubuhkan Baim Wong Fanpage (officials).. segala urusan di alam maya sahaja...Masih ingat lagi kenangan mula2 nak tubuhkan page ni.. Macam2 tomahan kami terima dari mereka yang tak puas hati dengan penubuhan page ini... kami gamble jer... kalau orang nampak keikhlasan kami atas dasar minat yang terlampau pada Baim Wong, maka ramai yg akan menyokong kami. Sebelum ditubuhkan, dengan kerjasama rakan di Jakarta , Acie Keyboards, kami sampaikan utusan berbentuk proposal kepada Baim menyatakan hasrat kita. Alhamdulillah atas restunya Baimwong, tertubuhlah Baimwong fanpage (ofiicial) . Kami berlima dengan rasminya menjadi Admin di Malaysia dan juga kami melantik Admin di Jakarta untuk segala urusan berkaitan BWFPO di jakarta. Semakin hari semakin ramai pengikut kami sehinggalah kini sudah mencecah 6,338 fans. Alhamdulillah.. tk sia sia usaha kami dulu yang nekan nak tubuhkan fanpage ini. 

Ist mini gathering kita buat after Raya Aidilfitri 2010 sekembalinya Liza dari Jakarta. Alhamdulillah, ramai juga yang berani datang menjayakan gathering ini. Kenapa ija kata berani datang.. sebab pelbagai perkara negatif yang diberikan oleh page yg dengki dengan kami. Kejayaan Gathering ini menambahkan keyakinan fans terhadap BWFPO. Apalagi Baim Wong sendiri sudi untuk meninggalkan sepatah dua kata di fanpage membuktikan BWFPO ini ORIGINAL. Bukan Palsu yaaaa!!!

Gathering kedua disusuli dengan kedatangan Baim Wong atas undangan ASTRO dengan kerjasama BWFPO mengumpulkan fans waktu launching Kejora Dan Bintang di Astro Ria.  Fans yang ramai menarik perhatian wartawan untuk memaparkan cerita2 tentang Baimwong and Fans di dada dada akhbar. Bangga seh...

Namun hari ke hari waktu berubah setiap saat setiap minit setiap detik..Ija terpaksa mengundurkan diri meninggalkan teman teman di Admin BWFPO atas alasan alasan tertentu. Namun, ija tetap menyokong apa jua yang dilakukan oleh BWFPO demi cinta dan minat ija pada Baim Wong..walaupuuuuuuuunn Baim Wong tidak pernah mengenali ija.. gilakan!!!!hahah

Buat teman teman Admin BWFPO.. i will always at ur side .. menyokong dan membantu kalian. Sesungguhnya ija teramat rindu waktu susah payah kita dahulu dan waktu2 kita bersama yg lain. 
To Baimwonglover.blogspot.com.. I FOLLOW.....

Untuk young power yang menerajui BWFPO... keep up a gud work. Teruskan kegemilangan BWFPo jangan sampai terkuburnya ia sepertimana BWFM. Yuk kita layan gambar2...



  




Kenangan terindah


potong kek merasmikan BWFPO

 my workstation mesti ada baim wong



Bekal

Ramai tak wanita bekerjaya sekarang bawa bekal ke ofis?
Ija bawa bekal sejak mengandungkan Dania 4 thn lalu...
Dr hari tuh sampai sekarang ija bawa bekal. kira kiranya dah nak masuk 4 tahun lah.
Bangun seawal 5 am ija masak yang simple2... En A'an ni suka lauk kering2 kalau makan pagi. Sekarang Tisay pun dah pandai layan nasi sebelum gi sekolah,


ikan goreng berlado, sambal terung.. burrp .. kenyang
makan sambil layan blog kawan2...

Kadang2 tuh ada jugak lah ubah selera sebab dah lamaaa tak merasa lauk pauk akak2 kat medan selera Sek 14 PJ. Tapikan kadang2 mereka ni melampau betul lah bila kenakan harga... pernah ija pergi kedai aka sorang ni... ija ambik serba sedikit.. ye lah.. teringin sesangat sbb dah lama tak makan air tangan akak ni, skali dia charge RM9 hengit.. lauk: kailan, hati ayam lembu goreng, kua, daging skit... berbaloi ka RM9. mungkin akak tuh geram kut tgk ija lama tak datang kedai dia... Hiahh. ni tak lama lagi harga barang naik, agak2 lah berapa akak tu nak charge ija.. RM13 henggit.. sesekali nak layan tekak boleh lah.. kalau selalu, memang ija tak halalkan mana dia charge lebih...

Wednesday 18 May 2011

Ralat Rasanya

Semalam tisya dan kawan2 dia dah plan nak celebrate Teacher's day untuk sir Azli and Sir Siva kat tuisyen. So Petang Tisya sms ija request buat beehun ker, spageti ker... so ija decide buat spageti jer lah. Balik dari office singgah Econsave, beli apa yang patut. Ija ni kalau buat spageti mesti nak pakai minced meat yg fresh... dah petang2 gini mana lah ada minced meat fresh kat econsave so ija gantilah hotdog daging and chicken meatloaf...
Sampai Rumah terkocoh kacah nyiapkan spageti. Ija masuk kan dalam container putih..(senang tak payah basuh bekas). Kul 7.30.. SIAP!. kawan2 dia ada yg bawa air, jajan dll... utk thn 5 ada 5 orang student jer.. plus 2 Sirs jadi 7.

Balik dari hantar Tisya Tuisyen, cik suami pun bismillah, nak makan... skali dia berkata :

Cik Suami :  Cikgu Tisya kan India, boleh ke makan hot dog Daging
Ija             : Ya Allah....., ha'ah la... mama lupaaaa. Mak aiiii siannya dia .. nanti dia ingat apa lak. Macamana
                   bleh terlufa ek

Hati ni rasa macam tak senang jer... trus sms Tisya   Sir Siva makan tak spageti    Sms dr Tisya   blum kut sbb Tisya tak nampak dia makan


Pukul 9..30 keluar nak fetch Tisya, singgah gerai feveret ija order 2 burger ayam. Rasa bersalah sangat so ija nak replace spageti tu dgn Burger. Sebaik sahaja Tisya keluar dari rumah tuisyen tu nampak Sir Siva pun ada skali and ija mintak tisya kasi burger tuh dan send my sorry tu Sir Siva. Aduh... lega rasa hati bila Sir Siva datang dekat kereta and say thank...



Kalau lah Sir Siva baca ni (baca keerrr), Sorry Sir, totally forgot lah Sir... I'm Sorry....

Nora Elena...

Habis nya sinetron  Kejora dan Bintang ija berjanji pada diri sendir bahawa tak akan ku layan lagi drama drama dan sinetron sebab letih nak terkejar kejar mengejar waktu semata mata nak duduk depan tv.. Tapi terpaksa akur bila Seth Tan muncul dalam Nora Elena.


Di samping jalan ceritanya yang agak menarik, pelakon dia iaitu hero Aaron Aziz yang pegang watak Seth Tan tuh memang mencairkan jiwa raga.. hahahah renungan mata dia, menghayati watak sebagai seorng yg kaya amat berkesan..

Sebuah drama adaptasi novel Kasih Yang suci ini sangat2 menarik untuk di tonton... cuma time dia jer yg tak sesuai... tgh maghrib plak tuh sibuk kat dapur preparing dinner... soo kelam kabut...

Sayang Mama Buchuk Mama


just love this photo so much


Tidur Jam 3 Pagi Demi 7 Hari Mencintaiku

Pagi ini rasa macam terhuyung hayang bawa kereta datang office sbb tk cukup tidur. Sampai terpaksa ngunyah pistachious dalam kete nak bagi buka mata nak konsentrate driving.

Apa Ija buat sampai pukul 3 am? Ija layan Novel Daaaa...

Selama 3 hari ija terlalu taksub dgn 7HM .. sampaikan kerja2 rumah ija dah tak ambil kisah... tapi kena masak jugak ler,  kalau tak, apaalah cik suami dan anak2 nak makan. Tu kira break kejap lah dr baca novel. Lepas tuh break lagi untuk ajar Tisya Mathematic sbab dia nak exam  Khamis ni.



7HM... adalah buah tangan terbaru Siti Rosmizah... karya karya beliau sangat sangat berhantu... sebab dia amat menghantui pikiran dengan jalan cerita dan watak2 di dalamnya. Sampaikan waktu ija break, sambil buat kerja kepala ni duk memikirkan apa jadi pada Mia, pada Khuzairi... lepas tu siap berangan angan.... ada kerrr lelaki sebaik Khuzairi dalam dunia? Haish... pendek kata 7HM memang tak lekang dr kotak pikiran ija...

7 Hari Mencintaiku
...... mengisahkan tentang Mia, seorang lawyer yang dibesarkan dalam keluarga yang kaya raya namun dikelilingi oleh kisah porak peranda keluarga. Mia seorang yang sikapnya amat angkuh, sombong dek kerana kemewahan yang dimilikinya. Mereka yang daif hanya makanan cacian Mia sahaja. Namun Tuhan mneguji kenagkuhan dan kesombongan Mia apabila tunangnya tidak muncul di hari perkahwinan mereka dan bagi menutup malu Megat Idrus menikahkan Mia dengan Khuzairi, anak teman baiknya sewaktu di kampung. Pak Samad dan Khuzairi menerima Mia yang di dalam keluarga, apatah lagi Khuzairi yang sememangnya dari alam persekolahan lagi diam diam telah menyemai benih cinta buat Mia. Namun Mia tidak diterima oleh ibu titi Khuzairi dek kerana peristiwa lalu yg masih diingati oleh Mak Leha hingga menyimpan dendam pada keluarga Mia sehingga kini.

Mia yang sebatang kara setelah kematian bapanya dan kepergian mamanya ke Australia memaksa nya menjalani kehidupan di kampung yang pernah di jeleknya. Dengan sikap angkuh dan sombong yang sebati dengan  dirinya telah menimbulkan kebencian Mak Leha dan Helmi, adik Khuzairi. Begitu juga pada syakila, tunang Helmi yang menyimpan rasa cinta pada khuzairi. Hanya Pak Samad, Khuzairi, adiknya Nadia dan Zaidi menerima Mia dan terlalu sabar dengan karenah dan kesombongan Mia.


Khuzairi, atau Ri, seorang doktor dan penternak berjaya, mengahwini wanita bernama Mia Adriana adalah sesuatu yang telah menukarkan Khuzairi 360 darjah... tiada apa yang membahagiakan dirinya selain memiliki Mia. Tapi bukan mudah untuk memiliki cinta dan hati Mia..Masih adakah lagi insan yang bernama LELAKI yang mempunyai sifat dan sikap seperti Khuzairi? Kesabaran yang ada di dalam dirinya seolah olah diperlihat seperti seorang lelaki dayus seperti mana yang diperkata oleh Zaidi teman rapat Khuzairi namun bukan itu yang dirasai oleh Khuzairi.. Herdikan Mia, cacian Mia, rajuk Mia... semunya ditelan penuh kesabaran demi sayangnya yg mendalam terhadap Mia. Namun Khuzairi kalah dengan sikap sabarnya apabila melihat Mia mengherdik ibu tirinya yg sudah dianggap sebagai ibu kandungnya. Apa pun  keburukan ibu tirinya, dia tetap menghormati wanita separuh abad yang telah menjaga nya dari kecil setelah kematian ibunya.

Kesabaran Ri diuji lagi dan tembok kesabarannya akhirnya pecah... Hatinya patah tatkala Mia meninggalkan diriya dan bayi mereka yg sehari usianya waktu itu. Hatinya yg melimpah ruah kasih sayangnya buat Mia tiba tiba kering kontang pada hari kepergiannya Mia. Namun, hati nya goyah bila Mia kembali dengan Mia yang bukan  Mia dulu, Mia kini yang menyayangi ibu tirinya, Mia yg tidak boleh berpisah dgn anaknya Alisa dan Mia yang budi bahasa tuturkatanya. Khuzairi jadi tidak keruan dan runtuh juga benteng pembohongan hatinya yang sentiasa memujuk untuk melupakan Mia. Tidak bisa lagi untuk terus menidakkan rasa sayang yg teramat dan kerinduan Ri pada Mia.

Watak-watak lain yang mewarnai jalan cerita seperti Zaidi, teman rapat Khuzairi dr kecil amat memahami Khuzair dan menjadi pendengar yg setia dan sentiasa menyokong Khuzairi walaupun Zaidi kadang2 tidak menyutujui tindak tanduk Khuzairi.

Khuzairi ni dalam sikapnya yg pendiam.. aduhh.. romantik gilerrr. Bikin jatuh cinta...

Sofi ... sepupu Mia dan juga teman baik Mia sentiasa bersama Mia saat Mia sedih, marah kecewa dan gembira... nasib baik ada Sofi,, kalau tak ntah apa jadi pada Mia.

Syakila, anak buah Mak Leha yang dipandang tinggi oleh Mak Leha sebenarnya manusia jahat yang berwajah wanita baik sebaik Siti Khadijah... baik konon, hati busuk mulut longkang. nasib baik tak jadi kawin ngan Khuzairi.

Helmi... adik Khuzairi yg terlalu banyak menyusahkan keluarga dengan perangai yang jahat namun masih dimanjai dan dibelai oleh mak Leha. Tapi sejahat mana manusia, tatkala kesedaran dan keinsafan itu datang, mampu mengubah sejahat setan kepada sebaik baik umat.

Nadia...adik bongsu yg sayang pada Mia, sentiasa menyebelahi kakak iparnya... rupanya2 Zaidi menaruh perasaan pada Nadia.Hmm.. zaidiiii... zaidiii

Watak2 lain seperti Buntat, Mak Limah, mak Andak, Pak Andak, Khalil. Pn Hayati dan Ayu memainkan peranan masing2 dan di garap cukup kemas .

pendek cerita ... 7HM memang best giler ... esp  bila Buntat yang dibenci Mia terkorban bila cuba menyelamatakan Mia dari dirogol bekas tunang Mia... khalil. Tak rugi sangat2 tidur kul 3 pagi semata mata nak tahu ending citer ni. Harap2 adalah producer yg nak buat sinetron or drama adaptasi dari Novel 7HM.
Ija imagine watak Khuzairi ni dipegang oleh Engku Ismail Engku Aziz ... WHy? minat gilerrrrrrrrrr dgn dia...Mia plak dipegang oleh Siti Saleha sbb nak tgk dia lari skit dr watak baik2... selalu dia pegang watak baik2 jer..but she must work hard lah utk tunjuk muka bengis sombong angkuh sbb muka Siti Saleha ni muka lembut, sweet...

Ija selalunya tak suka nak repeat buku yg ija dh baca but this one definitely ija kan repeat.. esp time rindu kat khuzairi...boleh gitu? hahahhaha..

3 novel Siti Rosmizah yang ija baca memang tk menghampakan... setiap kali baca karya dia tk sah kalau tk mengalirkan air mata... Setia menunggu the next buah tangan Siti rosmizah. Kini ija sedang dalam pencarian Cinta Kau Dan Dia untuk melengkapkan koleksi karya SR.


7HM is the best novel that i read for year 2011... memang patut jadi HOT SELLER di POPULAR BOOK STORE. Tahniah Siti Rozimah.

Sunday 15 May 2011

Ija and Kids

Fuuuh Ffuhhh  *buang habuk*.. Hmmm lama jugak yer tak conteng2 kat sini.. eh lama ker? Baru seminggu... Walaupun tk hari hari ija menconteng di sini tapi hati ni selaluuuu jer kat blog..
Okelah... lets story activity ija n family for the whole week... 

 Hari tuh Ija sibuk ngan project sekolah tisya... tentang sejarah Selangor. Ini bukan projek kelas tapi projek sekolah... beria ia tisya nak masuk sbb nak collect sijil katanya. So macam biasalah kan.. mamanya curi2 cari bahan during lunch hour.... last2 80% of project mamanya yang buat... masuk bab typing ija nak tisya yang buat coz ija nak dia tahu apa isi kandungan project tuh. 

Cartridge plak out of ink... haiisss.. so temporary refill jerlah dulu...beria ia ingat balik nanti bleh print skali rupanya printer tak di install masa repair pc hari tuh... Now manalah nak cari printing shop dan cyber cafe yg buka hr ahad... Nasib baik teringat sek 2 shah alam.. sure kedai kat sana buka 365 hari kan sebb kawasan tuh kawasan UiTM. Alhamdulillah dengan cost RM 20 siap printing and binding.... Selalsai sudah project SEJARAH BUKIT JUGRA si Tisya....


Sabtu lepas, layan anak anak breakfast kat KFC... sebenarnya Dania ni lebih ke arah nak main kat playground KFC... bukannya nak makan sangat .. 

We had these for our breakfast

kakak punyerr

mama punyer...meal baru, atas tuh cheese tp cheese hangit... dan size dia half of the pic yg terpampang kat KFC tuh... sadis tul

Dania's porridge.. coffee tu mama dia punyer

Tgh2 breakfast, tisya remind mamanya yang hadiah for Teachers day belum beli.. hmmm perlu ker nak? mama sekolah dulu2 tak der plak kasi hadiah bagai kat cikgu... dapat gak mama masuk universiti.. tak pelah.. layan jer kehendak anak2 tp budget below RM15 sorang. So we heading to JJ bukit Tinggi... melabur lah jugak RM60 henggit for 3 org cikgu..  

Nak balik tuh kat ground floor kami ditarik oleh promoter2 Shell gas... suruh anak anak main games... Game ular..

kakak get ready nak main


kakak in the game




kakak menang saguhati jer.. dapat beg ni pun jadiiilah.. boleh isi baju kalau nak gi picnic

Malamnya pula papa A'an ajak gi fun fair kat carefour di Bukit Rimau. Sebabnya dah seminggu Dania ajak tp kami bagi alasan mama penat.. esok mama kena keje.. Masa siang tuh dia siap tanya esok mama keje tak? kalau tak jom gi funfair... ok ok lah nak.. jommm

Haish.. fun fair sekarang pun makk aih mahalnya token dia RM4 satu game yg tak sampai 2 minit jer... makan duit betul 

kakak main kereta... adik takut nak naikk


rehat jap.. tgk papanya termenung.. aik tak kan nak masuk rumah hantu kut papa...

Kakak, seharian kakak tak sentuh buku .. esok study yer kakk.. mid term exam dah dekat daahh



Monday 9 May 2011

Selamat Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU buat semua yang sudah memegang title ibu , mama, mommy, mak, bunda...
bagi mereka yg sudah lama mengidamkan title itu tp belum rezeki, bersabarlah yer... Insyallah.. suatu hari dapatlah tuh.

Tahun ni ija tak dapat kad dr tisya.... bukan mengharap tp luar kebiasaanya sejak dia pandai buat kad waktu di Krista dulu. Ini kes dia konpius.. cikgu sekolah dia kata 12 Mei.. so dia ingatkan minggu depanlah... sehingga dai tgk berita TV3 yang wish selamat hari ibu, baru lah dia konfiden Ahad will be Hari Ibu. Tp sms dia yg panjang lebar was os touched. kalaulah hp ija yg otodox ni bleh copy paste kat sini kan bagus.  apa pun ingatan that counts kan.

Tahun ni Ija rinduuuuuuuuu sangat ngan arwah mama. Sampaikan ija post kat status yg ija rindu kan arwah. Pulak tuh adik kat KB post kan gambar arwah dengan uniform nursenya di FB. Aduh... mengalir air mata ni... lepas jugak rindu ke arwah.

Arwah mama seorang yang sangat2 sabar, sabar dengan kegarangan dan panas baran papa... very soft dan susah nak dengar dia tinggikan suara. Sayang dia pergi dalam usia baru 48thn tapi Allah lebih sayangkan dia. Kata orang... orang yang baik biasanya dijemput dulu sbb Allah sayangkan dia. Insyallah... dia ditempat orang orang beriman. Arwah memang terror masak dan masakan yg paling ija adik beradik suka ialah macaroni bakar. sekarang macaroni bakar yg kita orang buat dah byk shortcut contohnya daging yang arwah guna ialah daging yg disiat sendiri tp kita orang dh tukar pada minced meat. Itu yg tak dapat rasa yg ori seperti arwah masak. Satu lagi ialah KUZI... dah jadi tradition keluarga Kuzi menjadi juadah di pagi raya... Macamana pun arwah akan buat sendiri, tk main tempah2 ni... tp sekarang dek kerana kesibukan ... tempah aje lah..

Rindu sangat air tangan arwah... kalau arwah masih ada sure dia suka layan cucu cucu dia yang nakal2sekarang. Oh ya.. selain terror masak, arwah juga terror jahit dan mengait. Masa sihat dulu arwah sempat menyiapkan baju panas yang arwah kait sendiri... semuanya masih elok di kampung. Akan ija simpan untuk anak anak nanti... harap akan dijaga rapi dan dijadikan turun temurun sebagai kenangan dan kasih sayang ija pada arwah...

Dah sebak ni... so better stop dulu.. tkt nnt kang ada blog yang banjir pula...Sebenarnya banyak yang nak ija coretkan disini kisah tentang arwah mama namun... biarlah kenangan itu tersemat di jiwa dan sanubari ija..

Apa pun.. Al Fatihah buat Wan Tik Wan Abdullah.. Ya Allah, sampaikan salam rindu buat arwah... semoga arwah tenang di sampingMu... Amin

Thursday 5 May 2011

Kisah Biji Kopi, Lobak Merah (Carrot) dan Telur

Kisah ini dipendengarkan pada ija dr rancangan Semanis Kurma oleh perunding keluarga... alamak.. ija lupa lah nama dia. Ija paparkan disini buat ingatan ija dan sesiapa yang membaca.....Kisah ini amat amat berkesan pada diri Ija.


Biji Kopi - berwarna hitam pekat, keras bijinya


Lobak Merah (Carrot) - keras sifat dan fizikalnya


Telur - Begitu fragile sifatnya..


Ketiga tiga bahan ini di letakkan di dalam air yang sangat panas.

Lihat apa yang terjadi pada ketiga tiga bahan ini setelah terendam di dalam air panas tersebut.

Carrot - Sifatnya yang keras itu tiba2 jadi lembut dan fragile, lembik
Telur - Sifatnya yg mudah pecah dan lembut akhirnya menjadi keras
Biji kopi - mengubahkan air yang putih menjadi hitam

Kisah sebalik cerita di atas.
Air panas diumpamakan sebagai musibah dan dugaan dalam hidup. Mereka yang seperti carrot ialah umpama mereka yga keras diluarnya aapabila terkena musibah, mereka terus menjadi lemah tak bermaya. Manakala telur pula seperti mereka yang pada fizikalnya nampak lembut tetapi setelah diduga mereka terus berubah menjadi seorang yang keras hati...
Kita lihat pada biji kopi..... bila dimasukkan ke dalam air panas, dia berubah 100% menjadi cecair dan cecair ini kalau di tambah creamer dan gula, pasti menjadi sedap dan manis.

Maka jadilah kita seperti biji kopi... bila di datangi musibah, kita akan mengubahkan  musibah itu kepada sesuatu yang manis dan sedap.  Musibah itu mengajar kita lebih tabah dan lebih menghargai hidup. Hidup lebih bermakna jika musibah itu dapat kita tangani dan kita atasi dangan akal fikiran yang matang .... Insyallah...

Kasihnya Ibu Di Semanis Kurma

Semanis Kurma ialah rancangan bual bicara favourite ija .. suka pada topik, nasihat dan doa sepecially topik2 rumahtangga.

Malam tadi topik sempena Hari Ibu iaitu Kasihnya Ibu. Perbincangan tentang ketabahan dua orang ibu yang menjaga anak yg tidah sesempurna orang lain betul2 menyentuh perasaan ija. Mama Lina menjaga anak angkatnya yang mengidap HIV sementara Siti Fairus keseorangan menjaga anaknya yang cacat. Sebagai seorang kakak yang mempunyai adik OKU, ija dapat merasakan perasaan itu.

Ija tidak dapat menahan air mata dr jatuh berjujuran bila melihat ketabahan mereka dan perkongisan kisah hidup mereka. Ya Allah, ija mungkin tidak setabah mereka.... Ija tabik pada ibu-ibu seperti ini, Ija menjaga 2 orang anak ini saja dah menduga kesabaran dan iman ija dalam membesarkan mereka, apatah lagi mereka yang di dalam serba kekurangan dan dugaan menjaga, melayan dan membesar anak anak istimewa ini. Kisah mereka amat meruntun jiwa ija.

Tatkala Ustazah Bahiyah mendeklamasikan bait bait puisi di pengakhiran rancangan yang pasti hasil nukilan beliau, jiwa dan perasaan ija tidak lagi dapat ditahan. Ya Allah, begitu sedikit pengorbanan ija pada arwah mama. Tidak berkesempatan untuk ija mencurah bakti pada arwah. Ya Allah, adakah ija akan di layan dan dijaga oleh anak anak tatkala mereka sudah mempunyai kehidupan mereka sendiri? Apakah ija akan sendirian melalui hari tua jika masih ada umur yang panjang? Kerinduan yang amat terasa pada arwah mama membuat kan ija tersedar ... begitu lama ija tidak membekalkan Surah Yassin buat bekalan arwah di sana... Ya Allah, begitu lalai nya ija pada tanggungjawab ija sebagai anak untuk ibunya yg lebih dahulu mengadap Ilahi.

Lalu ija terus berwuduk, solat isyak dan ija sedekah kan Surah Yassin buat Mama. Ija iringkan juga doa agar amam berada di kalangan mereka yang beriman. Moga mama aman di sana....
Juga ija mendoakan kesejahteraan anak-anak dan suami. Agar anak anak ija tidak melupakan ija ketika ija sudah tidak berkudrat lagi.

Ya Allah... lindungilah anak anak ku dan suami ku juga diri ku dari musibah dan dugaan yang tidak mampu tanggungi... bahagiakanlah anak anak ku dan ku panjatkan doa agar dimana pun mereka, apa pun mereka, sayang dan cinta dia pada Mu Ya Allah dan juga pada ku dan papanya tidak akan pernah berkurang......

Wednesday 4 May 2011

Anjing Menyalak Di Subuh Hari

Seperti hari hari biasa..laungan azan subuh akan berkumandang dengan kuat dan jelas memecah hening dinihari mengejutkan warga Jalan Kebun menunaikan rukan islam. Tetapi hari ini sepertinya ada kejanggalan bila laungan azan disahut oleh salakan anjing. Ija termenung ... Allah Maha Mengetahuii.....

Tuesday 3 May 2011

FOOD TESTING

Macam biasalahhh.. kalau company event yang melibatkan human resource ija lah org yg bertanggugjawab untuk catering. End of May ada Ekdien Run dan para peserta akan di jamu dengan bbq. Rasa tekak ni macam nak tukar selero.. eceh.. macam lah ija yg Run ek... so godek godek lah dari internet. Seperti yang pernah experienced before, ija ambik caterer dr internet dan without food testing, end up tak memuaskan. Maka kali ini kami request untuk food testing di restoran  Kampung ku Restoran di Subang. Ija bawa 2  orang staff HR, Amidie dan Hadi. Request kami seperti di bawah:

 (maaf.. gambar di bawah adalah disebabkan kes kelaparan.. dah makan half way baru teringat nak take pic)

 Grill Chicken...  sedap

 Grilled Lamb - puun sedap

Ni pinggan ija... habiiissss

oh ya,..tk sempat nak ambik gambar western fried rice, Amidie dah licinkan pinggan...

PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2011

Ahad lepas ija dan 2 lagi keluarga (kakak dan kakak ipar) bertandang ke Pesta Buku 2011 PWTC, KL. Seawal jam 8.30 am dh keluar rumah, breakfast sekejap, pastu trus ke KL. masuk parking The Mall, nasib baiiikk ada parking, jalan skit cross the road trus sampai ke lokasi. Waktu tu dah pukul 10 lebih tapi orang dah mula ramai. Pintu mula2 kita jumpa ialah pintu KARANGKRAF.. apa lagi, terus serbuuuu...lepas kita orang berpecah. Booth ke booth kami singgah dan tersinggah lah ke booth Popular di mana terjumpa buku kak Siti Rozimah.. 7 Hari Mencintaiku . Tak pikir panjang, capai buku dan bayar. Orang2 di booth  kata pengarangnya on the way tp ija tak boleh nak tunggu sebab Dania dah mula mengada ngada... Dania memang pantang kalau berada di tempat yang ramai orang.



the only novel yang sempat beli
Dalam Dania tengah cranky, cik suami pula kepeningan.. sah sah keturunan tak boleh berada tempat orang yang ramai. Cik suami keluar mencari tempat duduk... tak lama kemudian ija dan anak2 plak join cik suami. kak lin dan kak yun ntah ke mana mana dah.. masing2 mencari keperluan mereka masing2. Tisya pula ajak mencari booth Ain Maisarah.. aduh 2 3 kali tawaf dengan Dania yg nak berdukung + mengada ngada + menangis betul2 menguji kesabaran ija,. Orang dah lah ramai, anak2 plak macam2 ragam..

Selepas ntah yang keberapa kali tawaf, baru jumpa PINK booth ..itu lah booth Ain Maisarah... Mak Aiii manusia bersesak sesak... Apalagi.. org belakang push push ija pun push push  lah... hilang dah sikap berhemah dalam diri bila dalam situasi macam tuh. Sib baik Dania nak didukung papanya, so ija suruh tisya cari buku yg mana dia minat pastu take picture Ain maisarah. Nak ambik gambar berdua ngan Ain Maisarah tak dapat sebab que panjang sangat. Tak sanggup nak que apalagi Dania dah tertidur atas dukungan papanya. 
 Muka Tisya yang tension sebab masih tak jumpa booth Ain Maisarah... yang jumpa banner jer...

 Tisya nak que untuk dapatkan signature Ain tapi the que was too long my dear 

 Dapat snap pic dr dekat pun jadilah
Sib baik Ain ni sporting nak pose... hmm cantik ek Ain Maisarah ni

Kaki dah lenguh, terus kami 3 beranak berjalan keluar ke lobi, bersila di satu sudut sambil menunggu yang lain. Dalam 30 minit semua nya dah berkumpul kami pun berjalan keluar dr PWTC. Maaakk.. tobat!!! Next time kalau nak layan book fair kena datang ngan Tisya jer... lain lain duk rumah diam diam.