Pages

Wednesday 27 April 2011

Tahniaahhh

Tanhiah untuk adik iparku .. Azera yg telah disahkan mengandung lagi 2nd baby. Kena betul2 jaga kandungan sebab baru 1 thn ceaser. oohh Mat Royaaaannn (Mohd Rayyan Iman) nak dapat adiiik.


Mama Zera ngan Mat Rayyan

Hari tuh akhir bulan 3 zera ngan adik (faris) gi honeymoon kat Avillion PD... tinggal Rayyan ngan Che Ti... kami pun usik2 lah... haa, dah gi honeymoon ni balik dapat lah baby baru...

Haaaaa... kan dah betullll.  Alhamdulillah, anak tu rezeki. Sekarang ija kumpul anak buah jer lah... anak baru dah stop production

Aku Sudah Jadi Warganegara Yang Bertanggungjawab...

E-Filing... E-Filing... E Filing
Itu lah word keramat cik suami ku seminggu dua ni. Reminding me to submit because we running out of time already. 30hb is the closing date.

Psssst..nak tau 1 rahsia besar? Sebenarnya ija baru declare file incometax ni tahun lepas after 12 thn bekerja. Al maklumlah... gaji kecik katakan.. Ini pun sbb thn lepas dh start potong PCB, pastu Payroll duk bising mtk incometax number.

Selama ini tak pernah terima Borang B, gaji keciklah katakaaannn. Sampai la ni pun tk terima tp tahun ni ntah disebabkan terasa t/tanggungjawabnya bila dh potong PCB, cik suami pun dengan baik hati pegi ambil pin number. Lunch break tadi dgn gigihnya mengisi online form. Bla bla bla .... Tandatangan Dan Hantar. Weh.. ku dh jadi seorang rakyat Malaysia yang sungguh bertanggungjawab.. dan yang paling membahagiakan di kolum Jumlah Cukai Yang Perlu Di Bayar ialah RM0.00... Manakala Jumlah Cukai terlebih bayar pula... RMxxx.00... Ye ker ni? tak percaya jeeerrr .. tk pernah declare tup tup incometax plak nak buat amal jariah kat kita. Haii.. kecik tapak tangan nyiru hamba tadah...

Untuk kawan kawan yang masih belum menunaikan tanggungjawab, sila sila lah berbuat secepat mungkin sbb tarikh tutup ada tak sampai 36 jam lagi...alaah bukannya lamo... kojap yoo.. ija buat pun sambil makan tghari...blum habis makan, dah complete dah borang



Mudah? Ya.. memang mudah
Tepat?  Harap2 cukai yg terlebih bayar tu tepatlah ya.. hehehe
Selamat?  Insyallah....

Tuesday 26 April 2011

Happy Birthday To Frens and Family Who Are Born in April

Bulan April ramai sangat yang celebrate birthday...jenuh ni nak kena simpan duit nak beli hadiah... tp April thn ini semua nya ija hutang birthday present dia org...hahahahah...

So to all my beloved frens and families...

Happy Birthday ... Semoga korang dikurnia kan segala yang terbaik drNya.



Beloved Sister ..Noor Azlina Ab Kadir (2.4.1970)


Bro In Law  En Baharudin Bin  Osman  (15.4.1970)


Buchuk Anak Buah ...Insyirah Muhamad Taufik (20.04.2004)



Budok Uduh ...Mohd Rayyan Iman Mohd Faris (22.4.2010)



Cinta hatiku .... Mohd Hanaffee Bin Osman (24.4.1966)


Anak Sepupu ku .... Najwa Asyilah Zahidi (25.4.2008)




Teman.. Sahabat... Rakan  4 Ever  Sharifah Muhamad (25.4.1973). Hope our frenship will last forever..



Die Hard Fan .......Muhamad Ibrahim Wong (27.4.1981). 

Sunday 24 April 2011

Satu Pagi Di Warung Makan

Your order sir ?
or
Please pay now sir...


 Pagi minggu semua sepakat nak layan tekak makan roti canai best di satu kedai makan. Kedai makan ni nak kata restoran tk lah jugak nampak mcm warung tp up skit lah dr warung. Ha... Restoran kampung lah ek sebab kedai makan ni terletak depan rumah owner kedai makan ni. kami order 4 roti kosong dan 1 roti sardin. Dalam menantikan roti tu yg agak lambat nak siap (based on pengalaman lepas) kami order mee goreng dan meehun goreng bg menampung dan mengalas perut yg dah lapar gileer.. Mana taknya, pukul 10.30 bru nak bersarapan.

Roti canai yang ditunggu pun sampai. Tgh makan tiba2 akak tuan kedai dtg kira... muka cik suami dah lain macam... Kakak tu kira bukan nak bg harga, siap nak suruh byr. CIk suami keluarkan duit, pastu terbalikkan pinggan kecil berisi dal ke atas rotinya.. Sudahhhh.... Dia cukup pantang kalau dia tengah makan orang datang mintak bayar.. kalau belum makan takper... jangan tengah tengah makan.. trus dia ajak balik.. Kami yang sedang enak makan roti nan lembut itu dah rasa macam tercekik. Nasib baik cik suami dh habiskan satu keping, satu lagi dia dah hilang selera dek sikap akak itu...

Cik suami membebel : Aku cukup pantang kalau tengah makan orang datang kira suruh bayar. Macamlah aku tak mampu.. tak der lagi aku nak datang kedai ni walau rotinya sedap tahap gaban...

Sib baiklah kami ni semua dah paham perangai cik suami ini.

Kalau di pikirkan balik memang sepertinya kurang ssuai kalau orang dtg mtk suruh bayar dalam orang/pelanggan tengan berselera makan... orang jawa bilang Rude lah kan....

Oh ya... satu lagi kepantangan cik suami kalau makan kat kedai.. kalau pelayan lamat dtg ambik order.. tak sampai sepuluh minit dia sure ajak angkat buntut.. katanya macam itu jer yang kedai jual makanan. Berlambak lagi kat luar sana.. hmmmm...

Selamat Ulang Tahun Sayang - 45 Tahun


HAPPY BIRTHDAY MOHD HANAFFEE BIN OSMAN


Semalam 24hb April 2011 genaplah 45 tahun  usia cik suami ija yang tersyayang... Maaf ye papa, hr ni mama, dania dan adik bagi wish dulu... nant sabtu depan mama buat BBQ utk papa k... kebetulan kak lin n family so lagi ramai lagi meriah kan.

Mama harap dalam usia 45thn ini papa lebih matang dan lebih sabar melayan karenah kami ...
HAPPY BIRTHDAY PAPA.....

 papa yang sweet

 Aksi papa

favourite papa

Thursday 21 April 2011

Muhamad Ibrahim Bin Johnny Wong

Perkenalan bermula Benci Bilang Cinta di Channel Ria Astro... mula tuh jeling jeling jer bukan layan sgt pun tp satu petang betul2 duduk layan dia... dan di situlah berputiknya cinta ija pada jejaka nan sorang ini. Sejak dari itu rasanya tk leh nak berpisah walaupun sehari... nak tunggu dating day Selasa - Jumaat rasa macam laaammaa sesangat. Sebenarnya Tisya pun dah lama suka.. siap tanya boleh tak nak add Baim Wong kat FB tapi dia orang Indonesia. Dek kerana tak kenal sapa dia, apa tah lagi dr seberang, plak tuh cina.. Ija melarang Tisya add Baim as Friend. No No No... Ha, sekarang tgk sapa yg over duk cari tahu pasal baim? heheheeh

Lepas Google cari tahu pasal Baim, ija jadi konpius sebab banyak sangat FB dia... di FB dan Benci Bilang Cinta page Ija juga mula berkenalan dgn peminat2 Muhamad Baim Wong. Kami berkongsi minat yg sama... kami masing masing tak sabar rasanya nak tunggu siaran BEnci Bilang Cinta hingga ada yang layan TIUBKAU...dr informasi informasi mengatakan Muhamad Baim Wong ni rajin layan fans di twit... Sudaaaaaaaaaaahhh.... ija mana ada rumah burung tuh, Tak boleh jadi ni, kena cari tau pasal twitter demi dia... Dr Pak Google ija bertateh belajar tweet... dan benaaarrrr... Muhamad Baim Wong memang layan fan dia di tweet .. buktinya ..ini:


Dunia rasa macam berhenti berputar bila dia reply tweet ija.

Dan sehingga kini sudah     tweet dia dah reply my tweets...


Muhammad Ibrahim Bin Johnny Wong (BAIM WONG)

 Cer tgk cowok ganteng di ats tu.... hensem gilerrr kan...Haaa... itu lah Baim Wong. Sinetron sinetron yang pernah ditanyang di TV Malaysia seperti sinetron Solehah, Benci Bilang Cinta, Kejora dan Bintang (sedang di tayang di Astro Ria) dan Sejuta Cinta Marshanda (TV3). Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Marshanda Adriani (Caca ) tapi kini dah tinggal kenangan bila mantan kekasihnya Baim ini sudah bernikah dengan VJ Ben. Sehingga kini Baim masih sendiri dan kini sibuk dengan kariernya sebagai business ( tokey restoran) dan actor. Tumpuannya kepada cinta barunya iaitu Bakmilicious dan Petromak bisa membuatnya menumpukan fokus kepada bisnes dari memikirkan tentang pacaran. Namun sebagai lelaki normal, pingin punya keluarga sendiri. sesekali juga dia mengeluh kerana pulang lewat malam ke rumah, terasa kesunyian yg amat kerana ga punya isteri.

11 Januari 2011, kenangan terindah buat ija  dan anak2... kerana berpeluang untuk bertentangan mata dengan BAIM WONG. Aduuhh... ganteng yg amat sih cowok ini. Kedatangannya di bawa oleh Astro untuk mempromosikan sinetron Kejora dan Bintang. 10hb Jan  2011 kita ramai2 berkumpul di lcct menyambut kedatangannya.. kemudian langsung meraikannya pada keesokkannya. Aiih... walaupun tk peluang nak berphoto berdua tp tk per lah..yg penting kenangan sentiasa terpahat di ingatan... kita layan gambar2 di bawah yer...


He has the most beautiful and sweetest smile ever.. tk der kat sapa sapa



karakter sebagai Dimas dalam Benci Bilang Cinta



di LCCT saat ketibaannya ... tisya dan dania apit kiri kanan

 seronok sgt time ni

di the curve
















Tuesday 19 April 2011

Wajah Wajah Kesayangan Hamba

Tiada yg paling berharga dalam hidup seorang isteri dan ibu yg bernama Noor Aliza melainkan wajah wajah ini:
 
 


Kakak melengkapkan mama sebagai seorang wanita dan seorang isteri. Kakak mengajar mama tentang tanggungjawab sebagai ibu. Kakak mengajar mama erti kesabaran membesarkan anak anak. Mama marah kakak sebab mama nak yang terbaik untuk bekal kakak bila kakak mula mengenal erti sebenar kehidupan. Ibu Yun kata muka kakak macam muka nenek muda2 duluuu .. kakak paling tk suka bila mama kata kakak muka nenek... tapi kakak punya sikap mama...best kan. Sebagai anak yang sulong kakak harus "dewasa" harus matang harus bertanggungjawab kerana kakak adalah idola pada adik. mama sayang kakak dunia akhirat. Siapa pun kakak kelak, kakak tetap anak mama. Mama saaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyaaannng NUR AUNI BATRISYIA.




7 tahun mama, papa dan kakak tunggu adik. Alhamdulillah, 2007 Allah makbulkan doa kami. Tak susah mama bawa Nia 9 bulan dalam kandungan tp mama dpt rasa, anak mama yg sorang dan yg bongsu ini lain dr yang lain. Lasak semacam jer dalam perut mama... Walaupun mama dan papa mengharapkan kandungan kali ini lelaki tp mama bersyukur, anak perempuan mama lahir dengan sihat dan sempurna. 9 bulan mama hidup dengan insulin dan ubat darah tinggi, amat amat merisaukan mama ... bimbang apa apa berlaku pada Nia. Syukuurrr sangat, kurnia Allah pada mama seorang bayi sempurna.  Nia nakal, Nia moody Nia lasak Nia garang tp Nia menghiburkan kami sekeluarga. Nia lain sangat dr kakak... Kakak lady like, Nia tahan lasak tp dalam garang2 Nia, nia takut cat. Semua cakap Nia ikut rupa mama... tp Nia garang macam Papa... Siapa pun Nia... Nia tetap Cinta hati mama... mama saaaaaaaayaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnggg Minah..eh bukan .. Niaaaa...NUR AUNI DANIA







August 1998 rombongan merisik dr Klang ke Jalan Langgar, Kota Bharu. June 1999 rombongan kawin dr Klang ke Jalan Langgar Kota Bharu. Alhamdulillah, dah 12 tahun kita melayari alam perkahwinan dengan penyeri hidup kita, kakak dan adik...Bermacam ranjau dan onak kita lalui... kita lalui dugaan paling besar pada thn ke-5 perkahwinan, Allah menguji kita dengan dugaan maha kuat. sejak dr itu kita berusaha memahami dan mengenali, memberi dan menerima. Sesekali tergigit lidah itu sudah adat dan resam untuk mewarnai perkahwinan kita. Papa sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk kami, tp mama faham atas keterbatasan kita... banyak yang perlu kita hadkan.. tp tk mengapa, ini sudah lebih dr mencukupi. Kami tak pernah berlapar, cuma kadang2 perlu kami mengalah bila kadang2 setan menggoda kami dengan selera kami yg mula melampaui kemampuan. Papa kadang2 lucu, kadang2 tegas. Ke mana papa pergi pasti papa mau kami anak beranak ikut. Papa tk betah untuk ke mana mana tanpa kami. kadang2 mama nak berdua dua an ngan papa pun tk der peluang.

Papa, terima kasih atas pengorbanan papa, kasih sayang papa pada mama dan anak anak. papa jaga kesihatan papa... jangan ambil lewa tentang kesihatan  papa kerana kami memerlukan papa dalam keidupan kami. 24 April  papa genap 45 tahun. Papa dh tua tp anak2 masih kecil... oowh lupaa.. papa kawin lambat kan...Selamat ulang tahun sayang.... Semoga Allah memberi kesihatan dan kehidupan yang terbaik baut kita ya pa..
Mama sayang sangaaaaaaaaaaatttt kat Papa, Mohd Hanaffee Bin Othman...



I love my family....

Hari Minggu Ganyang Aedes

Hari Jumaat malam tisya sibuk beritahu Pak Nil nak  datang Johan Setia untuk program Ganyang Aedes, kawasan perumahan kawannya yg namanya Amirul, Apa lagi, tk sudah sudah mengajak mama nya yg satu ini ke sana. Malasnyaaa Ya Allah, apa lagi ci suami plak kena pegi ke kilang ada gotong royong. Pagi2 Ahad tuh dah diluar kebiasaan si tisya, ap taknya ... dr yg liat nak mandi pagi setiap Ahad, tup2 hr tuh kul 8 lebih dah siap mandi, dan dah siap mandikan si Dania juga....Aduhai liatnyaaaa nak keluar pepagi Ahad yg sepatutnya waktu2 sebegitu ija menghargai tilam, katil bantal dan selimut... Bukan apa.. malas sebab bukannya perumahan kita pun yg diadakan acara itu. Tk malu ker nak pegi tmpt yg penduduknya asing bagi kita. Sorang pun tk kenal. ...
Tapi, mengenangkan anak2 dh siap, dengan seadanya ija menyiapkan diri... trus drive ke Taman Johan Setia. Itu pun agak2 jer sebab tisya tk kasi alamat penuh.. bak kata jawanya... Gamble aje lah...Dengan tk breakfast, ija start WUK trus ke Johan Setia, Klang

Melalui Taman Johan Setia nampak mcm ramaiii jer orang so kami pun membelok masuk ke kawasan perumahan... haaa ternampaklah  Kereta hitam Pak Nil WNS xxxx (lupa nombornya). Konpem kat sini. Cari parking yg sesuai, pastu anak2 terus meluru ke padang ... Haii.. yg melemahkan ialah panas terik pagi itu. Tak lama Pak Nil keluar dr dewan org ramai.. Sebenarnya acara dh nak tamat, mana tak nya.. acara start kul 8, kami sampai dh dekat kul 10. Penduduk taman semua sibuk nak bergambar dengan Pak Nil.. Ija tgk jer dr jauh sambil pimpin Dania.... ye lah kita ni pendatang...si Tisya jer yang buat macam Taman dia...Dengan kegigihan si tisya dapat lah beberapa keping gambar.. tp yg kesian nya dia tk dapat bergambar dgn Paknil... and she blamed me for that sbb katanyan mama duduk jauh sgt. Tak per lah kakak, janji Paknil dapat usap rambut kakak dan kakak dapat salam Pak Nil.....

Antara gambar yg berjaya di ambil oleh Tisya dr jarak dekat...


 wajah tk makan dek usia....



sesi bergambar ngan AJK majlis tp dh diedit oleh tisya


 tgk belakang tuh.. bukan anak2 tp makcik2 enter frame


penat tp tk lekang dek senyum

Thursday 14 April 2011

Telatah Dania Ep 1

Ija suka panggil Dania dengan nama Minah. Dania paling tk suka namanya dipanggil dengan nama Minah. kalau ija panggil dia dengan nama  Minah sure dia akan perbetulkan...atau dia akan mengingatkan dan perbetulkan .. "Minah?.. D A N I A lah"

Satu malam, waktu nak suapkan ubat, dania melengah2 kan dan main main jer.. yerlah dah dekat seminggu duk makan ubat sapa tk boring dan muak...Dalam ija nak cepat dia lengah2kan apa lagi... mama's blood goes upstairs lah sayang... maka terkeluarlah "Eh Minah.. cepat lah". dan macam biasa dia buat muka tk suka bila namanya dipanggil dgn panggilan itu. Dah selesai semua, ija, cik suami siap2 nak keluar jemput tisya dari tuisyen. cik suami dah tunggu di kereta. Ija sempat ke dapur kononnya nak ambil jagung dan makan di kereta sambil2 tunggu tisya. Tengah-tengah basuh jagung tuh, datang lah dania dengan selambanya "Eh Minah cepatlah sikit... makaaaaaaaaann ajer".. Eh eh.... dia MINAHkan kita balik? Ija tk tahan gelak, masuk kereta terus story kat suami....

Itu lah kan...budak2 ni cepat sgt meniru atau mengQuoteskan (marah pakar bahasa bila baca ayat ni) apa yg terkeluar dari mulut kita kan...maka hati hati lah dalam menuturkan apa jua dihadapan anak2 terutama perkataan sepeti BANGANG, BODOH, IBAB (baca terbalik) kerana dia akan tuturkan ayat yang sama kepada kita nanti...

Bila Anak Anak Demam....

Minggu lepas minggu orang tk sihat dalam keluarga ija. Dania memang dr minggu sebelumnya dh bunyi batuk2 manja,  khamis bbsitter kata batuk dh makin garang, so malam tuh trus gi klinik and she's on distaclore. Sabtu  Yus batuk teruk mtk tulun hantar gi klinik sbb ci somi dia, Tok moh Baha gi kelate. Malamtu, batuk dania makin garang, setiap 2 minit dia batuk dan batuk dia perit bebenor kedengarannya. After dekat 30 min dia muntah segala makana yg dia makan utk dinner campur ngan kahak. Hati ini tk keruan trus bawa semula gi klinik.. doc tukar ubat batuk. malam tuh dania tk lena tidur... dania tk lena mamanya pun laggi tk lena. Esok masih batuk, mama dh bad mood. Penat + ngantuk... 1 rumah jadi mangsa kemarahan mama... sian cik suami dan kakak. Isnin ija nekad ambik leave dan bawa dania pegi Jumpa Doctor Amdan. Tukar semua ubat ... Augmentin, Ventolin dan satu ubat 3 in 1.. cold, cough and flu..
Alhamdulillah after 3 days dania nampak improvement.. sekarang sesekali dgr batuk2 manja dia... mtk2 nnt batuknya hilang terus. Tidurnya pun dah lena..mamanya tidur pun ikut lena zzzzzzzzzzzzzz

oh ya.... nk tahu berat dania sekarang? 25 kilo.. beratnya anak mama...huhhuhhu

Bila Anak demam, hati mama tak tenang.. tidur mama tk lena...kalau boleh tk mahu seminit pun berjauh dr anak mama.. nk 24 jam jaga dan perhatian pada anak2 tp mama ada juga tanggungjawab lain... mama kena kerja, mama kena layan papa juga... Ya Allah, jauhkan lah anak anak ku dr kesakitan... apa jua kesakitan... Amiin


Antibiotik Augmentine






Wednesday 13 April 2011

CUN Remy Ishak dan Maya Karin




Sabtu lepas, tiba2 hubby ajak gi tgk movie.. dia sebenarnya nak tgk Merong Mahawangsa tp disebabkan anak2 ikut so kena lah tgk movie utk tontonan ramai.. which will be boring sgt untuk cik abang. So hari tuh kita layan CUN.

cerita nya hmm not bad lah. Yang seronok ialah adegan2 di kampung, part watak Ning n otherss.. agak membosankan.

Tp 1 watak yg seronok ditonton  ialah Cik Kembang.. walaupuun tk byk scene dia...



Ini lah cik kembang... heheheh












Friday 8 April 2011

Kisah TELUR

kenapa sanggup nak membahayakan nyawa dan kesihatan org lain demi untuk mengaut keuntungan? Makanan zaman kini terlalu terdedah kepada bahan2 mekanikal...

Bercakap tentang telur tiruan teringat cerita cik suami beli telur grade c di satu pasaraya ni... murah giler... tk silap dalam RM5 henggit lebih. Cik suami beli lah satu tray dia tu.. every time goreng mata kerbau surely meletup dia tu mengalahkan goreng ikan keli... pastu me notice yg telur putih dia cair... ohhh adakah itu telur tiruan?  

Satu lagi citer, lastt week lalu kawasan rembau ternampak ada org jual telur tepi jalan. Papan tanda yg ditulis: TELUR MURAH RM3.50 SAHAJA.... ingat nk stop tp cik suami dah terlajak ke depan pastu keter kakak dah laju ke depan... so me call kakak ingat nak suruh u turn balik to gerai telur tadi.. Kakak menjerit  " mu jangey beli... nipu blako tuh. dale so tray 2 3 butir jah hok molek. lain2 telur busuk. aku beli doh, tohok sajo".......hmmmm kenapa yer manusia sanggup menipu demi mengaut keuntungan. Halal ke rezeki yg dia kasi makan anak bini? hmm.... Wallahualam





Thursday 7 April 2011

Makanan Eksotik

Bak kata Pakcik Jalil Hamid,,"makanan pelik pelik tahi minyak tahi itik.."

Ija ni jenis org kata semua makan.... tp kalau eksotik sgt2 geli jugak lah kalau nak makan...
Orang kata belut ni eksotik.. pasai pa ek? maybe sbb feature dia merupai ular... tp dia dh cukup commercial kat Jepun... nama pun sedap.. UNAGI..  Belut ialah sejenis ikan yang paling sedap bagi tekak ija... kalau pegi Sogo or JJ, mata ni nampak unaagi jer...
Sekarang tekak ni terasa nak makan belut masak pakpek... or we also can called Pakpek Unagi..oooh  sounds soooo Japanese can. What is belut masak pakpek? Masakan ni berasal dr Thailand and was teached by Wan Chik. Kalau kat malaysia ni kita bleh kata rendang belut lah...




Hari tuh gi melaka layan seafood terjumpa plak  pepahat. Sekarang pepahat semakin fofular di medan2 ikan bakar n sea food.

pepahat masak halia.... sedaaappp

Wednesday 6 April 2011

Jalan Jalan Bandar Bersejarah Chap 2

Lepas mandi anak2 serbu ATV. Tisya xcited nak cuba ATV.  "Bersedekah"lah mama RM60 untuk games ini sahaja.. tk per, janji anak2 enjoyzzz

First time  ride ATV, seronok gilerrr kakak



Tuesday 5 April 2011

Jalan Jalan Bandar Bersejarah Chapter 1

2 April (sabtu) menunaikan janji yg dh lama tertangguh... bawa anak anak ke Melaka. Sebenarnya dh lama kak lin ajak ke Wonderland Melaka, tp asyik kena tangguh sebab tk der masa yg sesuai. Kebetulan bulan ni ramai sgt yg sambut birthday (kak lin- 2 apr, cik suami 24 apr, mat rayyan 22 apr) so kami sepakat 3 family  (kak lin, adik n my family) ni berkumpul "celebrate" kat melaka. Oh ya, plus belated birthday Tisya 22 March.. dh janji mama hadiah kan Wonderland sempena birthday dia...

Pukul 1 ++ sampai Ancasa hotel, check in, makan2 sat pastu trus ke sini  @Melaka Wonderland 


blum apa apa anak anak dah masuk dalam kolam...



dania plak nangis bila jumpa mascot